2 Pencuri Menderita Diliwat Lelaki Gay Selama 5 Hari



Gambar kecil, Gorton dan Morgan.

FLORIDA - Akibat tersilap pecah masuk rumah, dua lelaki terpaksa menahan derita selama lima hari diliwat oleh tuan rumah yang merupakan seorang pemangsa seks, lapor Thugify.


Garfield Morgan, 54, dan rakan jenayahnya, Kim Gorton, 36, masing-masing bekerjaya sebagai pencuri telah melakukan kegiatan itu bagi menyara kehidupan mereka. Namun, kejadian yang menimpa mereka di Florida baru-baru ini mungkin membuatkan mereka tidak akan terus kerjaya yang tidak bermoral itu.


Harry Harrington, dengan ketinggian 204 sentimeter, berat 136 kilogram dan berbadan sasa, adalah seorang lelaki gay dan pemangsa seks terkenal yang pernah dipenjarakan atas tuduhan serangan seksual. Harrington merupakan seorang yang agresif ini, bukanlah jenis manusia yang anda ingin dekati atau sakiti. Namun malang nasib buat Morgon dan Gorton yang telah menjadi penemannya selama lima hari.


Selain itu, Harrington juga dikenali sebagai The Wolfman, telah mengikat kedua-dua mangsanya dan meliwat mereka selama lima hari.


Difahamkan, polis hanya bertindak selepas jiran Harrington terdengar bunyi lelaki menangis meminta tolong dan meminta mereka untuk menyelamatkan mereka.


Berdasarkan gambar di dada akhbar tersebut, salah seorang mangsa kelihatan begitu trauma dengan pengalaman pahit yang dia lalui.


"Mereka pecahkan pintu depan rumah saya, jadi saya pecahkan 'pintu belakang' mereka!" kata Harrington dalam keterangannya pada pihak polis ketika ditahan.


Kedua-dua mangsa akan didakwa di atas tindakan mereka, manakala tindakan terhadap Harrington belum dimuktamadkan.

Bagaimanapun, ada yang mendakwa, keratan akhbar yang tersebar meluas di media sosial itu adalah palsu. Malah, nama Harry Harrington tidak wujud. - The Reporter

0 comment... add one now