Ingat Lima Perkara Sebelum Lima Perkara




Ingat Lima Perkara Sebelum Lima Perkara.


Manusia seringkali menghitung apa yang tidak dimilikinya. Kita sering tidak memberi kesempatan kepada diri kita sendiri untuk menghargai nikmat yang telah dianugerahkan. Apa yang berada di tangan sering dikeluh kesahkan dan tidak dihargai, sedangkan yang ada pada kita mungkin tiada pada orang lain.


1. Sihat Sebelum Sakit. Ketika sihat, isi masa tersebut dengan memperbanyakkan ibadat kepada Allah s.w.t. Bayangkan sekiranya tiba-tiba sahaja kita ditimpa sakit yang mengakibatkan terlantar di katil. Ketika sakit, kita berangan-anagn untuk menyimpan ibadat semasa hari tua. Tidakkah kita akan menyesal kerana ditimpa kerugian yang datang tanpa disangka-sangka itu?


2. Kaya Sebelum Miskin. Begitu juga nikmatsemasa kita kaya. Harta kekayaan yang dianugerahkan Allah milik bersama dan harus dilaburkan. Pelaburan yang dibuat seharusnya memberikan keuntungan terutamanya untuk kehidupan akhirat. Antaranya dengan cara menolong kaum kerabat yang kesusahan, memperbanyakkan sedekah terutama kepada anak yatim dan orang miskin, menunaikan ibadat haji dan berzakat.


3. Lapang Sebelum Sibuk. Manusia mudah leka apabila dikurniakan nikmat masa lapang. Sewaktu kita seronok bersama keluarga atau kawan, kita selalu terlupa masa sibuk pasti akan datang. Isilah masa dengan hiburan sekadarnya kerana bimbang akan datang kita tidak cukup masa untuk beramal.


4. Muda Sebelum Tua. Untuk para remaja, hargailah masa muda sebelum tua. Mungkin kita tidak sedar, tenaga semasa muda itu lebih banyak untuk dimanfaatkan. Gunakan tenaga itu mengikut jalan yang diredhai oleh Allah. Jangan menyalahgunakan tenaga itu untuk membuat maksiat.


5. Hidup Sebelum Mati. Inilah kesudahan yang jika terlepas akan ditindih oleh penyesalan yang berpanjangan walaupun terpaksa bermandi dengan air mata darah sekalipun. Jika sudah didatangi kematian, maka berakhirlah segala-galanya. Mati adalah masa untuk menerima balasan. Jika baik amalannya di dunia, kaka rasailah kemanisannya. Jika buruk bekal amalannya, rasailah azab keperitannya. Masa hidup ialah masa bercucuk tanam, manakala masa mati ialah masa untuk menuai.

0 comment... add one now