Penjawat awam ditangkap bersarapan dan beli belah waktu kerja





SELANGOR : Beberapa penjawat awam ditangkap minum pagi dan membeli belah di waktu berkerja di bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (SSAAS) pada 13 Februari yang lalu.

Lawton mengejut (spot check) yang dilakukan oleh Dato? Haji Mohammed Khusrin Haji Munawi dan Unit Integriti SUK Selangor di bangunan SSAAS itu mendapati masih ramai kakitangan awam melakukan kesalahan itu di waktu berkerja.

?Unit Intergriti SUK Selangor akan memantau aktiviti ini dan tindakan tatatertib boleh diambil,? jelas kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook beliau.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik, pemantauan mengejut itu berjaya ?menangkap? 4 orang pegawai audit 5S yang sedang bersarapan pagi di Kafe Dewan Jubli Perak.

Beberapa penjawat awam yang lain juga turut dilihat membeli belah di gerai-gerai kecil di bangunan terbabit.

?Diharapkan semua penjawat awam dapat mengubah budaya ini demi nama baik perkhidmatan awam,? jelas kenyataan itu.


















0 comment... add one now