Sampai Hati Majikan Ini. Pengguna Media Sosial Luah Rasa Kecewa Bila Lihat Gambar Ini Yang MENYENTUH HATI !!!




Sekeping foto yang tersebar memaparkan seorang pembantu rumah dilihat duduk di meja berasingan tanpa makanan, sedangkan keluarga majikannya pula menikmati hidangan di sebuah restoran, menyentuh hati ramai pengguna media sosial.
pembantutengok


Foto yang dimuat naik seorang pengguna Facebook, Michael Fanny pada 23 September lalu menunjukkan majikan dan ahli keluarganya itu sedang menjamu selera, manakala pembantu rumah itu hanya duduk berhampiran mereka di meja berasingan serta tanpa apa-apa makanan, mahupun minuman.


Kejadian dipercayai berlaku di sebuah restoran di Jakarta Indonesia.

Michael Fanny, yang dipercayai warga tempatan melahirkan perasaan terkejut dan sedih dengan insiden tersebut susulan melihat nasib pembantu rumah itu diperlakukan sedemikian oleh majikannya.

“Pembantumu sebahagian dari hidupmu. Cerminan kemanusiaanmu.

“Bayangkan anda berada di tempatnya, telefon tidak pegang, tidak diajak makan, mata hanya berkeliaran melihat sekeliling. Mereka (majikan) yang kunyah, kita ikut telan (makanan),” tulis Michael dalam bahasa Indonesia di laman Facebooknya.

Foto menyayat hati itu sehingga kini dikongsi lebih 57,281 pengguna Facebook.

Tambah Michael, majikan seharusnya menghargai dan menghormati pekerja mereka.

“Hargai dan kasihilah pembantu rumah kita, pemandu kita, (serta) tukang kebun kita… Hidup ini bukan tentang untung rugi, bukan tentang milik sendiri.

“Tapi dengan berkongsi sedikit yang kita miliki, sudah cukup untuk dikasihi Tuhan kita mengikut kepercayaan masing-masing #respectotherpeople #respectourmaid #respectourdriver #loveotherpeople #Godislove,” katanya.

Rata-rata pengguna Facebook melahirkan perasaan simpati terhadap nasib pembantu rumah itu, selain ada yang mengecam sikap tidak bertimbang rasa majikan berkenaan.





Hidup ini ibarat roda, kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita boleh di bawah. Jadi, hargailah orang disekeliling anda, termasuklah pekerja anda.

Sumber : Malaysian Digest

0 comment... add one now