Tak Perasan Berbual Dengan Sultan Kelantan, Panggil ‘Abang’


Sebut sahaja nama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, pasti terbayang di fikiran kita seorang pemimpin yang begitu sederhana dan rendah diri penampilannya apabila berhadapan dengan rakyat jelata. 

Baru-baru ini, baginda telah mencemar duli ke beberapa pusat pemindahan mangsa banjir di negerinya bagi melihat sendiri keadaan semasa selain melawat dan bermesra dengan rakyatnya.


Menariknya, Sultan Kelantan juga dilihat memandu sendiri kenderaan pacuan empat rodanya menuju ke destinasi tersebut.





Menerusi satu screenshot komen Facebook, Muhammad Imran telah berkongsi satu cerita yang cukup menarik mengenai Sultan berjiwa rakyat itu sewaktu berlakunya bencana banjir.

Menurutnya, sewaktu adiknya sedang duduk berehat, dia didatangi oleh seseorang yang kemudiannya duduk di sebelahnya sambil minum kopi dalam cawan polisterin.

Dia kemudiannya dengan selamba berbual sebelum menyedari individu tersebut merupakan Sultan Kelantan dan segera memohon maaf kerana memanggilnya dengan panggilan ‘abang’.

Namun, baginda langsung tidak marah, sebaliknya turut memeluk mangsa banjir tersebut.



Sejujurnya kami amat kagum dengan ketenangan yang ditampilkan oleh baginda kerana tidak terus memperkenalkan dirinya sebagai Sultan, sebaliknya menjawab ‘orang sini’ sahaja.

Inilah antara secebis kisah Sultan Kelantan yang cukup dikagumi bukan sahaja oleh rakyatnya, tetapi juga rakyat Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

PEMBACA MYNEWS

0 comment... add one now