chitka

loading...

Ezad Lazim Menyesal Rugi Belanja Duit Beli Najis Dadah

 

Mengenangkan apa apa yang pernah dilakukannya dengan wang semata mata untuk membeli dadah sebelum ini membuatkan penyanyi Ezad Lazim merasa rugi dan juga menyesal apatah lagi nilai tersebut mencecah ratusan ribu ringgit.

BACA: Isteri Ezad Exist Disah Hidapi Penyakit Kanser

“Jumlah duit saya “laburkan” untuk membeli dadah dahulu cukup untuk memulakan perniagaan atau melakukan perkara yang baik lain. Sepanjang terbabit dengan dadah, saya rasa rugi dan banyak masa terbuang begitu saja khususnya soal kerjaya”


“Setiap kali dapat duit hasil menyanyi, saya akan menghabiskannya kepada benda tidak berguna itu. Sekarang saya sudah tidak melakukan kerana sayangkan keluarga,” jelasnya kepada Harian Metro.

Mengakui perkara tersebut adalah sesuatu yang tidak berguna dan tidak berfaedah, Ezad kini menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaya dan juga keluarga demi membina masa depan yang lebih cerah dan terjamin. (rtky/s)
loading...

0 comment... add one now