♥ Hukum Aurat Ketika Bersama Ipar/Biras ♥

♥ Hukum Aurat Ketika Bersama Ipar/Biras ♥


Firman Allah dalam surah an-Nur (bermaksud);“Dan janganlah mereka (yakni perempuan-perempuan beriman) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan”. (an-Nur, ayat 31).



Di dalam ayat di atas, Allah melarang wanita-wanita beriman mendedahkan perhiasan dalaman mereka kepada kaum lelaki kecuali beberapa orang berikut;
1. Suami
2. Bapa kandung
3. Bapa mertua
4. Anak lelaki kandung
5. Anak lelaki tiri
6. Saudara kandung
7. Anak-anak saudara
8. Sama-sama wanita
9. Di hadapan hamba-hamba mereka
10. Orang gaji lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
11. Kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan.



Jadi adik ipar/biras lelaki yang telah baligh tidak termasuk senarai mahram , maka wajib ditutup aurat apabila bersama mereka walaupun di dalam rumah sendiri. Mereka sama seperti lelaki ajnabi. Wajib memakai tudung dan menutup aurat keseluruhannya

0 comment... add one now