chitka

loading...

Menteri Pertahanan Pakistan, Khawaja Muhammad Asif Keluarkan 'Peringatan Nuklear' Kepada Israel Selepas Terbaca Berita Palsu

Menteri Pertahanan Pakistan, Khawaja Muhammad Asif Keluarkan 'Peringatan Nuklear' Kepada Israel Selepas Terbaca Berita Palsu




Menteri Pertahanan Pakistan telah mengeluarkan peringatan kepada Israel bahawa negaranya juga mempunyai kuasa nuklear, sebagai memberi respon kepada satu berita palsu yang dibaca olehnya.

Khawaja Muhammad Asif berkata menerusi satu tweet: "Menteri Pertahanan Israel mengugut tindakan balas nuklear selepas beranggapan tentang peranan Pakistan di Syria menentang Daesh. Israel lupa Pakistan juga sebuah negara nuklear".

Pakistan kekal neutral dalam peperangan sivil Syria, biarpun mereka telah meletakkan diri mereka di sebelah rejim Assad, dengan Setiausaha Luar mereka berkata negara keenam terbesar dunia itu 'menolak kacau tangan ketenteraan luar di Syria'.

Namun satu berita palsu yang dimuat naik di AWDnews berkata bahawa Pakistan bercadang untuk 'menghantar tentera ke Syria sebagai satu kerjasama antarabangsa dalam melawan IS'.



Berita palsu tanpa nama penulis itu kemudian melaporkan bahawa satu petikan dari bekas menteri pertahanan Israel, Moshe Yaalon -- yang sudah berhenti pada Mei lalu -- sebagai berkata: "Jika mereka tiba di Syria... kami akan musnahkan mereka dengan serangan nuklear".

Menteri Pertahanan Israel, yang memberi respon balas terhadap tweet Khawaja, menafikan kementeriaannya ada mengeluarkan kenyataan yang tertulis di berita palsu itu.

"Kenyataan yang dikatakan dikeluarkan oleh bekas Menteri Pertahanan Yallon kepada Pakistan tidak pernah dikeluarkan", katanya di akaun Twitter.

Sumber: The Independent, Dawn






loading...

0 comment... add one now