Ads Top

Pekerja Istana Negara Kelam Kabut Kerana Sultan Muhammad V Agong Yang Baru Ditabalkan, 'Lari' Untuk Pergi Solat Subuh Berjemaah Di Masjid Wilayah, Adakah Cerita Ini Benar???

loading...


Pekerja Istana Negara Kelam Kabut Kerana Sultan Muhammad V Agong Yang Baru  Ditabalkan, 'Lari' Untuk Pergi Solat Subuh Berjemaah Di Masjid Wilayah, Adakah Cerita Ini Benar???


Ini ada cerita menarik yang sedang viral di laman-laman sosial. Ada kaitan dengan Sultan Kelantan, Yang Dipertuan Agong yang baru, berkuatkuasa pada 13 Disember 2016 yang lepas.



Apa ceritanya?

Kononnya, pada pagi 14 Disember, kakitanganIstana Negara kelam kabut. Seawal waktu sebelum subuh menjelma. Ini berlaku kerana YDPA yang baru memilih untuk pergi secara SENDIRIAN, di ulangi SENDIRIAN ke Masjid Wilayahbagi menunaikan solat subuh secara berjemaah. Sultan juga dikhabarkan memandu kenderaannya sendiri kononnya.

Turut dimaklumkan juga, ketika tinggal di Kota Bharu, Kelantan, menunaikan solat secara berjemaah ialah rutin bagi Sultan Muhammad V. Tambahan pula, masjid adalah bersebelahan dengan Istana yang didiami oleh Sultan Muhammad V.



Rujukan gambar : sini.

Perkara itu viral di media sosial dan YDPA yang baru mendapat pujian netizens. Ia juga disebarkan secara meluas dari WhatsApp ke WhatsApp.

Namun apa yang netizens tidak tahu ialah, sebaran cerita berkenaan adalah palsu. Ya, palsu.

Inilah penjelasannya ;



Rujukan.

Menurut Nor Azhar, berita tentang Sultan Muhammad V memandu keretanya sendirian keMasjid Wilayah adalah laporan palsu dan tidak dapat dikenalpasti tujuan penyebaran berita berkenaan.

Sultan Muhammad V juga tidak dibenarkan ke mana-mana secara bersendirian sesuai dengan statusnya sebagai Ketua Negara Malaysia.

Oleh itu kepada mana-mana pihak yang dah tersebar berita palsu ini, mohon ambil maklum.

taken from: Ameno World
loading...

No comments:

Powered by Blogger.
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close