chitka

loading...

PENTING!!! 6 Masalah Yang Bakal Menimpa Agensi Pelancongan Jika Keluarkan Visa Umrah Persendirian. Nombor 3 Paling MUSTAHAK!!!


6 Masalah Yang Bakal Menimpa Agensi Pelancongan Jika Keluarkan Visa Umrah Persendirian. 




Agak kerap juga sekarang ini kita dengar dan baca pengalaman daripada para jemaah yang mengerjakan umrah secara persendirian kan? Kali ini saya nak kongsikan pula apakah risiko yang bakal dihadapi oleh agensi pelancongan.

1. Visa

Visa umrah hanya boleh dikeluarkan oleh agensi pelancongan yang sah berdaftar serta layak mengeluarkan visa umrah sahaja.

Harus difahamkan, agensi pelancongan bukan semuanya layak untuk mengendalikan umrah. Yang sedang mengendalikan umrah pula bukan bermakna agensi itu betul-betul layak. Ada agensi yang guna jenamanya sahaja, tapi perihal umrah diuruskan oleh agensi lain.

Dan bukan semua agensi yang layak mengendalikan jemaah umrah itu layak mengeluarkan visa umrah. Ada agensi yang beli visa dari syarikat lain.

Untuk menyemak senarai agensi yang berdaftar dengan kementerian Arab Saudi, klik di link ini intranet.jawhar.gov.my/umrah

Apabila para jemaah mengambil visa sahaja tanpa pakej umrah, walaupun jemaah pergi sendiri tanpa pengawasan dari pihak agensi, agensi tetap akan bertanggujawab terhadap para jemaah. Dan sekiranya ada salah laku dari para jemaah. Pihak agensi yang akan dikenakan tindakan lebih keras.



2. Penginapan

Sekarang sudah ramai yang pandai merancang perjalanan sendiri. Nak beli tiket flight pun mudah dan banyak promosi.

Mungkin ramai yang tidak tahu tentang syarat-syarat penginapan ketika mengerjakan umrah. Jemaah umrah hanya dibenarkan menetap di penginapan yang diiktiraf Kementerian Haji kerajaan Saudi sahaja.

Maknanya tidak boleh sebarangan menginap. Ya, kita boleh menempah penginapan dari Agoda.com dan sebagainya. Atau mahu lebih murah, sewa saja apartment di sana.

Tapi kalau kantoi. Bukan jemaah yang kena, tapi pihak agensi yang mengeluarkan visa tadi yang kena.

3. Jemaah tidak arif tentang perjalanan umrah

Umpama membiarkan anak menunggang motor tanpa helmet. Sekiranya kemalangan ibu bapa yang dipersalahkan.

Seorang pegawai yang arif dalam pengurusan umrah. Berkongsi cerita kepada saya, tentang pengalaman semasa awal penglibatannya dalam perjalanan umrah ini.

“Pernah seorang Tuan Haji datang memohon visa sahaja. Atas dasar kepercayaan saya beri visa. Sampai di sana, rupanya hotel belum tempah. Dan Tuan Haji tadi mengangap hotel-hotel di sana boleh walk in begitu sahaja.”

Akhirnya, lesen syarikat digantung setahun. Syarikat digantung bukanlah masalah yang besar, visa tetap boleh dipohon dari agensi lain.

Tapi bagaimana pula dengan jemaah lain yang sudah menempah pakej umrah pada tahun tersebut dengan agensi pelancongan ini? Kecuaian kita menyebabkan ibadah orang lain terbantut.

4. Jatuh cinta dengan Tanah Suci
Jatuh cinta dengan Tanah Suci itu perkara biasa. Ramai yang kerap ke sana semata-mata untuk melepas rindu. Dan ada juga sehingga tidak mahu tinggalkan Tanah Suci serta berhasrat untuk terus tinggal di sana.

Masalah akan timbul bila jemaah ini masuk ke Arab Saudi menggunakan visa umrah yang sah selama 30 hari sahaja. Sekiranya jemaah tidak pulang mengikut tarikh tiket penerbangan, ini pun sudah memberi masalah kepada pihak agensi. Apatah lagi jika tidak balik terus.




5. Denda


Bagi setiap individu yang melakukan kesalahan di sana., pihak agensi akan dikenakan denda sebanyak 50 ribu. Bayangkan jika 10 individu tidak mengikuti peraturan.

Agensi yang berdaftar dengan Kementerian Haji Saudi ini perlu melantik Muassasah di sana. Kos 250 ribu perlu dibekukan. Jika ada satu kesalahan 50 ribu daripada jumlah yang dibekukan itu akan dipotong.

Agensi juga akan digantung daripada menjalankan operasi selama setahun.

6. Kreadibiliti

Kreadibiliti agensi tersebut akan terus tercalar. Macam pinjam bank, cuma sebulan sahaja lewat bayar, rekod lewat bayar ini tersimpan sampai bila-bila.
Umrah DIY ini tidaklah salah. Malah semakin hari semakin ramai yang mengerjarkannya secara DIY.

Dan memang ada runner yang uruskan visa ini pun. Tapi mereka juga kenakan syarat yang ketat, antara yang saya dapat korek ialah:

1. Semasa memohon visa, mesti sertakan maklumat yang lengkap beserta tiket penerbangan dan penginapan yang telah ditempah.

2. Kebanyakkan visa hanya dikeluarkan kepada jemaah yang betul-betul dikenali sahaja. Yang suam-suam kuku, susahlah sikit.

3. Dilarang menjual sebagai pakej umrah lain dari visa yang dipohon. Hanya untuk kegunaan kita-kita sahaja.

4. Perlu pergi dengan jemaah yang betul-betul memahami cabaran semasa mengerjakan umrah. Terutamanya secara DIY. Jangan pula putus saudara di Tanah Suci nanti.

Semoga bermanfaat dan banyak-banyakkanlah berdoa agar dipermudahkan segala urusan sewaktu di Tanah Suci. Selamat mengerjakan umrah.
loading...

0 comment... add one now