(video) Mesej Istimewa Cristiano Ronaldo Kepada Kanak-Kanak Syria Buat Ramai Terharu.

(video) Mesej Istimewa Cristiano Ronaldo Kepada Kanak-Kanak Syria Buat Ramai Terharu. 





Superstar bola sepak, Cristiano Ronaldo menjadi tumpuan apabila tampil memberikan sokongan terhadap mangsa korban perang saudara di Syria, khususnya di Aleppo.

Ronaldo yang baharu saja dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia 2016 dilaporkan akan memberi sumbangan untuk membeli makanan, pakaian dan ubat-ubatan untuk keluarga yang tinggal di Aleppo serta mangsa lain.


Ini mesej berharga dari Ronaldo:


“Hello, ini adalah untuk anak-anak di Syria.

“Kami tahu kamu semua telah menderita selama ini. Saya mungkin pemain yang terkenal, tapi kamu adalah hero sebenar.

“Jangan hilang harapan. Dunia bersama kamu, kami ambil berat terhadap kamu, saya bersama kamu,”


Susulan video berkenaan, pengarah badan kebajikan Save the Children, Nick Finney dalam satu kenyataan mengucapkan berterima kasih atas sumbangan pemain terbaik dunia itu.

Sumbangan Ronaldo dapat membantu kanak-kanak dari Aleppo dan di Syria yang mengalami penderitaan yang tidak sepatutnya ditempuh oleh kanak-kanak.

Nick berkata Ronaldo bukan sahaja ikon sukan berpengaruh, tetapi menjadi harapan kepada jutaan kanak-kanak di seluruh dunia termasuk di Syria.

Ramai pihak yang terharu dengan mesej dan sumbangan dari Ronaldo.

0 comment... add one now