Dilahirkan Pada 25 Disember, Lelaki Beragama Islam Ini Bernama “Selamat Hari Natal”

Dilahirkan Pada 25 Disember, Lelaki Beragama Islam Ini Bernama “Selamat Hari Natal”




Seorang lelaki berusia 54 tahun di Indonesia menjadi popular kerana mempunyai nama yang unik.

Beliau yang berasal daripada daerah Malang, bahagian Timur Jawa, menjadi popular setiap kali perayaan Hari Natal.

Dilahirkan pada 25 Disember 1962, nama lelaki ini adalah “Slamet Hari Natal”.

Nama tersebut katanya telah diberikan oleh ibunya, Akas Koyo, yang beragama Kristian.

Menurut Slamet, setiap kali tibanya perayaan Hari Natal, dia akan menjadi tumpuan orang ramai.

Walaupun Slamet beragama Islam, namun namanya sedemikian tidak menjadi kritikan oleh masyarakat sekeliling dan mereka menganggap ia adalah satu perkara normal.

0 comment... add one now