Gempar!!! Burung Bersaiz Raksasa Dipercayai Garuda Cuba Menyambar Seorang Budak Berumur 10 Tahun!!!

Gempar!!! Burung Bersaiz Raksasa Dipercayai Garuda Cuba Menyambar Seorang Budak Berumur 10 Tahun!!!


Sebut saja pasal burung Garuda pasti korang tahu ianya adalah sejenis burung gergasi yang hidup di dalam cerita-cerita mitos dan lagenda dulu kala. Hatta ianya dikisahkan di dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Burung yang dikatkan cukup ganas dan mampu menerkam apa sahaja termasuk manusia...




Dikenali sebagai simbol kekuatan ianya menghiasi banyak kisah-kisah dongeng di Nusantara.
Di Barat mereka turut ada yang percaya tentang kewujudan burung ini. Lebih dikenali sebagai Thunderbird ianya bukan sahaja menjadi buah mulut malah turut dijadikan bahan kajian. Specis burung ini yang dikelaskan di dalam lapangan cryptozology terus menjadi perdebatan.
Kisah ini bukanlah baru sejak awal abad ke 20 lagi sudah ada manusia yang mencatatkan penampakan. Kes di mana Loren Coleman yang menceritakan bahawa pada 10 April 1948, tiga orang di Ilinois magatakan mereka terlihat sesuatu terbang di atas mereka yang saiznya cukup besar.




Pada awalnya mereka cuma menyangkakan ianya adalah kapal terbang namun mereka hairan kerana "pesawat" itu mampu untuk mengepakan sayapnya.
Kes ini tidak terhenti di sini beberapa minggu kemudian seorang lelaki melihat sesosok makluk terbang dengan ketinggian 500 kaki dengan saiz yang menyerupai sebuah kapal terbang kecil. Dia menolak ianya adalah pesawat kerana bunyi yang dikeluarkan berbeza dengan pesawat yang wujud ketika itu disampiang bentuknya yang aneh.



Pada Julai 1977 berita mengajutkan telah berlaku di mana dikatakan terdapat kes seorang kanak-kanak yang hampir disambar oleh seekor burung raksasa. Kanak-kanak itu, Marlon Lowe, 10 tahun menceritkan bahunya dicengkam oleh sesuatu sebelum dia ditebangkan hingga ketinggian 2 meter dari tanah. Kisah ini menjadi perhatian ramai pada ketika itu kerana ceritanya lebih dapat dibuktikan (budak kecil mana tahu menipu).
Seterusnya pada tahun 2002 ada dilaporkan penampakan brurung gergasi di wilayah Alaska dan saksi menyatakan burung itu semcam di dalam cerita Jurassic Park. Lebar sayapnya dikatakan lebih kurang 6-8 kaki. Namun pihak yang skeptikal menyatakan ianya cuma burung helang biasa.



Kajian telah pun sebenarnya dilakukan dan teori paling dekat bagi menjawab persoalan ini adalah mengenai teori hidupan purba. Ada pengkaji yang menyatakan burung ini adalah haiwan prasejarah yang telah lama wujud. Pterosaurus, Pterodacty dan Argentavis magnificens antara specis burung yang dikatakan adalah Thunderbird yang mereka lihat. Perdebatan masih berlaku dan sehingga kini tiada bukti yang betul-betul kukuh untuk menyokong teori ini. Apa yang pasti ianya terus menjadi misteri dan igauan pada mata saksi yang pernah melihatnya. Sekian.



0 comment... add one now