chitka

loading...

Palestin pasti merdeka tahun ini – Mahmoud Abbas


Palestin pasti merdeka tahun ini – Mahmoud Abbas






Mahmoud Abbas melahirkan keyakinan Palestin akan merdeka pada tahun ini susulan resolusi diluluskan Majlis Keselamatan PBB baru-baru ini. REUTERS





RAMALLAH 1 Jan. – Presiden Pa­lestin, Mahmoud Abbas yakin Palestin akan merdeka tahun ini juga selepas Majlis Keselamatan Per­­tubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini meluluskan resolusi menentang pembinaan penempatan Yahudi di wilayah Palestin.


Beliau yang mengalu-alukan keputusan itu begitu yakin berkata demikian memandangkan tidak pernah berlaku sebelum ini isu berkenaan berpihak kepada Palestin.

Mahmoud turut mengutuk tindakan rejim Tel Aviv yang cuba memesongkan fakta dan masyarakat antarabangsa tentang isu tersebut dan pada masa yang sama memperluaskan jajahan mereka di wilayah Palestin.

“Israel mesti menghentikan pembinaan pe­nempatan haram dan mengubah demografi di tanah yang dijajah,’’ katanya semasa berucap sempena sambutan ulang tahun ke-52 pembentukan pergerakan Fatah di sini kelmarin.

Menurut laporan portal Presstv, Mahmoud turut berkata, bahawa 2017 adalah tahun kemerdekaan Palestin.

Penduduk Palestin berusaha membentuk negara yang merdeka di wilayah Tebing Barat, Baitulmaqdis timur dan Genting Gaza dengan menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara.

Lebih 230 penempatan haram Israel telah dibina di wilayah Pa­lestin sejak 1967.

Pembinaan haram itu turut menjejaskan usaha mewujudkan perdamaian di Asia Barat.

Pada November 2012, perhimpunan agung PBB mengundi untuk menaik taraf status Palestin daripada entiti pemerhati bukan anggota kepada negara pemerhati bukan anggota badan dunia itu walaupun menerima tentangan hebat daripada Israel.

Buat pertama kalinya juga, bendera Palestin dikibarkan di ibu pejabat PBB di New York pada September 2015.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/palestin-pasti-merdeka-tahun-ini-8211-mahmoud-abbas-1.426921#sthash.wolMWDDi.dpuf
loading...

0 comment... add one now