chitka

loading...

PANAS!!!Demi Populariti, Dato' Aliff Syukri Malukan Peniaga Kopiah?


Demi Populariti, Dato' Aliff Syukri Malukan Peniaga Kopiah?



PROGRAM TV Oh Abang Kosmetik (OAK) yang memaparkan realiti kehidupan jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri mendapat respon positif daripada netizen sejak mula ditayangkan 9 Januari lalu.

Selepas tiga episod ditayangkan, timbul pula cerita kurang enak apabila Aliff Syukri didakwa mengaibkan seorang peniaga kopiah yang dipaparkan dalam program terbitan Astro itu.

Pemilik yang dikenali sebagai Shamsani atau menggunakan nama Jebat Derhaka di laman Facebook memuat naik kenyataan menafikan layanannya terhadap Alif Syukri yang menyamar sebagai peminta sedekah ketika itu sebagai biadap.

Menurutnya, pada hari rakaman yang berlaku pada Disember tahun lalu, Aliff Syukri menghampiri kedainya dan mengambil tiga helai kopiah tanpa membuat sebarang bayaran.



“Kenapa Datuk tidak menceritakan hal yang betul-betul berlaku pada hari tersebut. Datuk kata hanya ambil satu kopiah sahaja tetapi tiga yang diambil.

“Sebagai peniaga salahkah saya mempertahankan barangan jualan saya dari dicuri orang,” katanya.

Shamsani turut mempersoalkan tindakan Aliff Syukri yang tidak menjelaskan dalam rancangan tersebut mengenai dia memberikan sehelai kopiah kepada Aliff secara percuma sebaliknya menyatakan dia memberikan layanan teruk kepada jutawan kosmetik itu.

Jelasnya, dia merasakan seperti dianiaya oleh Aliff Syukri yang tidak menceritakan keadaan sebenar dalam program tersebut.

Dia turut menafikan dakwaan memberikan layanan buruk terhadap Aliff Syukri dan menghalaunya selepas memberikan wang derma RM1.


“Saya berasa amat kecewa dengan komen yang diutarakan beliau sehingga menjejaskan nama baik, maruah serta perniagaan yang saya jalankan.

“Komen negatif Datuk amat memalukan dan menjatuhkan perniagaan saya. Datuk membuat rakaman sescara tersembunyi, kemudian menjual rakaman tersebut kepada pihak Astro dengan bayaran tertentu tanpa memaklumkan kepada saya,” katanya yang telah menjalankan perniagaan tersebut sejak 10 tahun lalu.

Jelasnya, dia masih belum memikirkan untuk membuat laporan polis atau sebarang tindakan undang-undang susulan penyiaran rancangan yang mengaibkan dirinya dan perniagaan.

Dalam episod ketiga program tersebut, Aliff menyamar sebagai pengemis orang tua dengan mengenakan pakaian Islamik yang mahukan makanan.

Jutawan kosmetik itu mendakwa peniaga kopiah tersebut memberikan layanan teruk dan menghalaunya ketika meminta sehelai kopiah baru sekaligus menganggap kejadian tersebut berlaku kerana perbezaan pangkat dan darjat.

Perkongsian Shamsani itu mendapat respon netizen yang menganggap tindakan ‘prank’ tersebut tidak wajar dilakukan dan seharusnya Aliff Syukri perlu lebih sensitif dengan keadaan individu terlibat serta tidak hanya mementingkan diri semata-mata. 
loading...

0 comment... add one now