chitka

loading...

"Satu penghinaan" (Myanmar) - Myanmar tetap halang misi flotila Malaysia

"Satu penghinaan" (Myanmar) 

Myanmar tetap halang misi flotila Malaysia





GAMBAR fail menunjukkan berpuluh-puluh pelarian Rohingya berenang untuk mengutip bekalan makanan yang digugurkan oleh tentera Thailand dari sebuah helikopter di Laut Andaman. -AFP

NAYPYIDAW 2 Jan. - Kementerian Dalam Ne­geri Myanmar menganggap rancangan misi flotila Malaysia ke Rakhine untuk membantu penduduk Rohingya di situ sebagai satu ‘penghinaan’ terhadap mereka.


Menterinya, Kyaw Swe berkata, misi itu tidak sepatutnya dite­ruskan kerana dianggap tidak masuk akal.

“Sepatutnya, urusan ini hanya melibatkan kerjasama sebuah kerajaan dengan kerajaan yang lain (Malaysia dan Myanmar) dan mereka (penganjur misi flotila) tidak boleh terus ke Rakhine tanpa pengetahuan kami.

“Ini tidak boleh diterima dan kami tidak akan sekali-kali mene­rimanya. Jika mahu melakukannya juga, maka, mereka perlu melalui Kementerian Hal Ehwal Luar Myanmar dan memaklumkan perkara ini kepada Kerajaan Pusat.

“Ini satu penghinaan dan kami tidak akan menerima penghinaan seperti ini. Maaf,” katanya seperti dilaporkan portal RFA Myanmar.

Misi anjuran Majlis Perundi­ngan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dengan kerjasama kira-kira 28 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa itu dijang­ka berlepas ke Myan­mar pada 10 Ja­nuari ini.

Selain bantuan perubatan, misi tersebut turut membawa bersama kira-kira 1,000 tan beras serta barang-barang keperluan lain untuk penduduk Rohingya.

Penyelaras Mapim, Zulhanis Zainol sebelum ini mendakwa, kerajaan Myanmar masih belum memberi kebena­ran kepada pe­nganjur misi flotila Malaysia untuk memasuki negara itu.

“Walaupun masih belum mendapat maklum balas, kami tetap akan meneruskan bantuan ini kerana percaya ia merupakan satu misi kemanusiaan yang penting,” katanya sebagaimana dilaporkan portal PressTV.

Jurucakap Pre­siden Myanmar, Zaw Htay pula memberitahu, pihaknya masih belum me­nerima sebarang permohonan dan tidak akan menerima kemasukan flotila berkenaan tanpa kebenaran.

“Jika mereka mencari masalah, kami tidak akan benarkannya.

“Rakyat bukan Myanmar tidak boleh memasuki perairan negara ini tanpa kebenaran dan jika ingkar, kami akan bertindak balas. Namun ka­­mi tidak akan me­nyerang sebaliknya tidak menerima mereka,” katanya.

Di sebalik larangan itu, portal RFA Myanmar bagaimanapun melaporkan, Indonesia telah berjaya menghantar 10 buah kapal mengandungi makanan termasuk makanan bayi serta pakaian kepada penduduk Ro­hingya di Rakhine baru-baru ini. – AGENSI

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/satu-penghinaan-1.427387#sthash.ntzZ5Bpb.dpuf
loading...

0 comment... add one now