TERKINI!!!Trump sah presiden ke-45 [VIDEO]

TERKINI!!!Trump sah presiden ke-45 [VIDEO]


Washington: Donald John Trump, 70, mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45 hari ini, dengan kata-kata “Amerika Syarikat adalah negara anda”.

Beliau mengangkat sumpah di depan Ketua Hakim Negara John G Roberts Jr dengan isterinya, Melania, berdiri di sebelahnya menggunakan dua Bible - satu yang digunakan Abraham Lincoln ketika mengangkat sumpah sebagai presiden dan satu lagi yang diberi ibu Trump kepadanya pada 1995.

Ketika bekas Presiden Barrack Obama dan tiga lagi presiden sebelum ini melihat majlis itu dari belakangnya, Trump berkata dalam ucapannya “rakyat kembali memerintah negara ini”.


“Hari ini kita bukan saja memindahkan kuasa pentadbiran atau dari satu parti ke parti lain, kita juga memindahkan kuasa dari Washington DC dan memberinya kembali kepada anda, rakyat.

“Sudah sekian lama kumpulan kecil di ibu negara kita mendapat ganjaran daripada kerajaan sedangkan rakyat menanggung kosnya. Politik menjadi makmur namun pekerjaan tiada dan kilang ditutup,” katanya dalam ucapan.


Repulikan kini menguasai White House dan Kongres buat pertama kali sejak 2006.

Kajian CBS News menunjukkan hanya 37 peratus rakyat Amerika menerima Trump sebagai presiden, yang terendah pernah dicatatkan.

Pada usia 70 tahun, Trump, bilionair hartanah dan bekas bintang realiti televisyen ialah orang paling tua pernah memulakan karier sebagai presiden Amerika.




Wanita Pertama Melania Trump, Presiden Donald Trump, Naib Presiden Mike Pence dan isteri Karen ditangga Capitol, Washington, selepas majlis angkat sumpah Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45. - Foto Agensi

0 comment... add one now