GEMPAR!!! 10 Kafir Berniat Jahat Yang Pernah Jejak Kaki Dan Mengerjakan Haji Di Mekah...


GEMPAR!!! 10 Kafir Berniat Jahat Yang Pernah Jejak Kaki Dan Mengerjakan Haji Di Mekah...


























1. Ludovico di Varthema (1470-1517)



Ludovico di Varthema atau Ludovico Barthema dilahirkan pada tahun 1470 di Bologna, Itali. Varthema terkenal sebagai individu bukan muslim daripada Eropah pertama yang menjejakkan kaki ke kota suci umat Islam, Mekah.




Varthema mula meninggalkan tanah airnya menuju ke timur menjelang tahun 1503 atau akhir tahun 1502. Pada 1503, beliau sampai di Iskandariah dan kemudian ke Kaherah, Mesir. Selepas beberapa ketika berada di Mesir, beliau meneruskan perjalanannya ke Tripoli(Libya), Aleppo(Syria) dan Damsyik(Syria).

Daripada Syria, beliau bersama-sama kabilah Arab menuju ke Mekah dan Madinah dengan menyamar sebagai seorang Mamluk dengan nama samaran Yunus. Beliau merumuskan beberapa maklumat berkenaan dengan Mekah dan Madinah dengan agak tepat dan ia diakui oleh ramai orientalis dan pengkaji-pengkaji lain selepasnya.

Varthema adalah individu yang menghapuskan fitnah dan mitos yang mengatakan jenazah Nabi Muhammad saw berada di awangan yang disokong kiri dan kanannya oleh batu magnet.

Varthema pernah dipenjara di Yaman selepas khabar angin mengatakan beliau adalah perisik Barat yang berpura-pura memeluk Islam. Namun, beliau dibebaskan selepas permaisuri daripada Yaman menggesa beliau untuk berlagak menjadi orang tidak siuman. Ada rekod menyatakan, permaisuri Yaman tersebut jatuh cinta terhadap Varthema.

Selepas beberapa lama di timur, Varthema kembali ke Eropah pada tahun 1506. Pada 1510, jurnal beliau diterbitkan di Rom dengan nama Itinerario de Ludouico de Varthema Bolognese. Pada tahun 1517, Varthema meninggal dunia ketika baru sahaja berumur 47 tahun.










































2. Guru Nanak (1469-1539)



Sikh adalah salah satu agama yang utama di dunia. Agama Sikh dianuti lebih daripada 30 juta masyarakat di seluruh dunia. Agama Sikh diasaskan oleh seorang yang bernama Guru Nanak. Menurut rekod dan catatan penganut ajaran Sikh, Guru Nanak dipercayai lahir pada awal pagi Sabtu 15 April 1469 masihi di Talwaldi, Pakistan. Pada masa itu, Talwaldi masih lagi berada dalam wilayahkekuasaan India.

Guru Nanak dan beberapa pengikutnya termasuk seorang muslim, Mardana(1459-1534) telah melakukan empat perjalanan ‘kerohanian’. Dalam perjalanan kerohanian keempat, Guru Nanak telah merantau jauh ke Tanah Arab iaitu Mekah. Di Mekah, Guru Nanak telah ‘mengerjakan haji’ sepertimana umat Islam mengerjakan haji. Guru Nanak turut menziarahi kota suci umat Islam yang kedua iaitu Madinah.

Jangka masa Guru Nanak mengerjakan haji dan ziarah ke Madinah dipercayai antara tahun 1510 hingga tahun 1520.

Ramai menyatakan bahawa Guru Nanak adalah tokoh sufi mistik yang menganut ajaran Islam. Beberapa elemen awal dalam ajaran Guru Nanak mirip dengan elemen kesufian. Namun begitu, ia disangka keras oleh beberapa cendikiawan yang lain termasuk cendikiawan Sikh sendiri.

































3. Vincent Leblanc



Vincent Leblanc adalah pengembara dan orientalis daripada Perancis. Beliau berasal daripada Marsailles. Amat sedikit rekod tentang peribadi beliau namun beliau tetap diingati sebagai lelaki Eropah kedua menjejakkan kaki ke Mekah dan Madinah.




Beliau direkodkan memulakan penggembaraan ke timur pada tahun 1568. Walaubagaimanapun, kapal beliau karam di Candia. Beliau telah menjejakkan kaki ke Mekah dan Madinah dengan mengikuti kabilah dagang daripada Syria.


































4. Johann Wild(1585- tidak diketahui)
Johann Wild berasal daripada Nuremberg, Jerman dan dilahirkan di sana pada tahun 1585. Wild mengerjakan ‘haji’ sebagai seorang hamba setelah diculik oleh tentera Hungary semasa menjalankan perniagaan di Hungary. Ketika diculik, beliau baru sahaja berusia 19 tahun. Rekod ini diterima sebagai sumber yang sahih.

Beliau bersilih-ganti bertukar tuan sebelum dibeli oleh seorang pedagang berbangsa Parsi yang kaya-raya. Pedagang Parsi yang disifatkan oleh Johann Wild sebagai seorang yang bakhil itu memaksa beliau melakukan pelbagai kerja kasar termasuk membasuh baju, memasak dan berdagang.

Walaubagaimanapun, pedagang Parsi inilah yang membawa Wild ke Mekah pada tahun 1607 yang mana ia mencatatkan nama Wild sebagai salah seorang orang bukan Islam terawal mengunjungi kota suci umat Islam itu.

Wild memberitahu dalam catatannya bahawa pedagang Parsi tersebut kehilangan 1500 orang daripada 20,000 orang dan 900 ekor unta daripada 100,000 unta semasa perjalanan mengerjakan haji ke Mekah. Perkara ini berlaku atas pelbagai sebab termasuklah diserang oleh suku Badwi yang kasar.

Di Mekah dan Madinah, Wild mencatatkan beberapa fakta yang menyindir dan memperlekehkan kota Mekah. Antaranya adalah memperlekehkan ibadah melontar jamrah dan menyindir perangai penduduk Mekah. Kemungkinan besar, lontaran kritikan beliau berpunca daripada sifat amarah beliau terhadap tuan-tuan beliau yang terdahulu yang kebanyakkan adalah seorang muslim.

Selepas 20 hari berada di Mekah, beliau kemudian berkunjung ke Madinah dan sempat menziarahi makam Nabi Muhammad saw. Beliau menyifatkan makam yang menempatkan junjungan besar tersebut sebagai ‘bilik ukiran yang besar’.

Selepas beberapa lama dengan saudagar Turki tersebut, beliau kemudian dijual kepada seorang lelaki tua berbangsa Turki. Wild berkhidmat selama setahun dan kemudiannya dimerdekakan. Wild kembali ke Nuremberg pada tahun 1611.

















5. Joseph Pitts (1663-1735)
Selain Johann Wild, Joseph Pitts juga adalah seorang hamba yang ‘secara tidak sengaja’ dibawa mengerjakan haji ke Mekah. Joseph Pitts dipercayai dilahirkan pada tahun 1663 di Exeter, England. Sejak kecil, beliau sangat berminat dengan aktiviti lasak dan penjelajahan. Ketika umurnya 15 tahun, beliau telah berlayar ke Newfoundland. Namun, semasa pulang daripada Newfoundland, kapal beliau telah dirompak oleh lanun Algeria di luar pantai Sepanyol.

Ketua lanun tersebut adalah seorang berbangsa Belanda namun beragama Islam. Walaubagaimanapun, lanun yang dimaksudkan Pitts bukan lanun pada istilah sebenar. Lanun tersebut adalah antara angkatan tentera laut Islam yang memerangi tentera British dan Sepanyol di perairan Mediterenean dan persisiran Semenanjung Iberia. Pitts yang masih muda belia ketika itu menggambarkan ketua lanun sebagai ‘makhluk yang ganas’.

Pitts kemudian dijual sebagai hamba di Algeria. Tuan beliau yang pertama tidak memaksa beliau memeluk Islam namun tuan yang kedua bertindak kasar dan memaksa beliau memeluk Islam. Sepanjang berada di tangan tuan yang kedua ini, beliau berasa sangat terseksa sehingga banyak catatan beliau di akhir hayatnya mengutuk tuannya yang kedua ini serta sangat memusuhi Islam.

Pitts berkunjung ke Mekah semasa berkhidmat dengan tuannya yang ketiga. Bersama dengan tuan beliau yang ketiga, Pitts dilayan dengan baik. Beliau sampai di Mekah pada tahun 1680.

Sepertimana Johann Wild, catatan beliau sepanjang berada di Mekah banyak berunsur sindiran dan provokasi terhadap ibadah-ibadah umat Islam. Antaranya, beliau menyindir air zam-zam yang dikatakan sangat berkat. Selain itu, beliau mentertawakan tindakan ‘pelik’ jemaah haji yang mandi di bawah sulur emas Kaabah dan meminumnya.

Pitts tinggal di Mekah selama empat bulan dan pernah memasuki Kaabah sebanyak dua kali. Berhubung dengan pengalaman tersebut beliau menyatakan, “I profess I found nothing worth seeing in it”.

Di Mekah juga beliau sempat bertemu seorang berbangsa Ireland yang pernah bersama-sama di dalam kapal hamba dahulu. Tidak seperti Pitts, lelaki Ireland tersebut sudah tidak mampu bertutur bahasa Inggeris dan hanya berkomunikasi dalam bahasa Arab. Lelaki tersebut sudah merdeka dan menjadi seorang muslim yang baik. Dalam catatan Pitts, beliau menyatakan lelaki tersebut menggambarkan Mekah sebagai ‘syurga di dunia’.

Setelah 19 tahun berada di perantauan, Pitts akhirnya dimerdekakan dan terus pulang ke England. Pitts sampai di Exeter pada tahun 1693. Tarikh Pitts meninggal dunia tidak dapat ditentukan namun ramai mempercayai beliau meninggal dunia pada tahun 1735.

















6. Domingo Badia y Leblich (1766-1818)
Domingo Badia y Leblich atau nama samarannya, Ali Bey al-Abbasi dilahirkan pada tahun 1766 di Barcelona. Beliau menghabiskan hampir keseluruhan hayatnya dengan merantau ke negara-negara Afrika Utara, Arab, Mesir, Syria, Palestin, Turki dan Cyprus.

Beliau mengerjakan haji di Mekah pada tahun 1807 dengan menyamar sebagai seorang kerabat khalifah Abbasiyyah daripada Eropah. Sepertimana orientalis dan perisik-perisik yang sezaman dengannya, Badia adalah seorang yang agak fasih berbahasa Arab.

Ramai pengkaji moden mendakwa beliau adalah perisik yang diupah oleh Manuel Godoy(perdana menteri Sepanyol) dan kemudian diupah pula oleh adik kepada Napoleon Bonaparte, Joseph Bonaparte.

Beliau meninggal dunia akibat menghidap disentri pada 1818 sewaktu dalam perjalanan ke Damsyik, Syria daripada Mekah selepas mengerjakan haji buat kali kedua. Ada dakwaan mengatakan beliau mati diracun oleh agen British yang sedar bahawa beliau adalah perisik Perancis.

Badia yang menyamar sebagai Ali Bey al-Abbasi akhirnya diketahui identiti sebenarnya apabila rakan-rakan Islamnya menemui rantai salib pada lehernya. Mereka tidak sanggup untuk mengebumikan Badia sebagaimana seorang muslim.

Badia bagaimanapun dikebumikan di Kastel Balka iaitu sebuah tempat yang berada di antara Mekah dan Damsyik.




















7. Ulrich Jaspar Seetzen (1767-1811)



Lahir pada 30 Januari 1767 di Sophiengroden, Jever, Jerman. Lelaki yang berbadan kecil ini memiliki kelayakan akademik yang baik. Beliau adalah graduan perubatan daripada University of Gottingen. Beliau turut mendalami pelbagai ilmu lain seperti ilmu zoologi, botani dan oriental. Beliau mempunyai kefasihan bahasa Arab yang baik. Direkodkan bahawa beliau menghabiskan masa selama 25 tahun untuk mendalami pelbagai bidang ilmu oriental dan hukum Islam.

Seetzen mula bergerak ke timur pada tahun 1802 dengan ditemani oleh seorang lelaki berbadan sasa, Jacobsen. Tujuan utamanya adalah untuk ke Mekah, pusat umat Islam sedunia. Sebelum sampai di Mekah, Seetzen telah melawat beberapa tempat seperti Istanbul(selama 6 bulan), Aleppo(selama 1 tahun) dan Damsyik(selama 1 tahun). Seetzen turut ‘merisik’ ke Laut Mati menjelang November 1806. Di sana, beliau berpura-pura menjadi seorang pengemis. Beliau sempat melakarkan peta Laut Mati pertama yang agak tepat dan beberapa catatan yang sangat bernilai kepada orang Barat.

Selepas itu, beliau terus mengembara sehingga tiba di Kaherah dan menetap di situ sehingga bulan Mac 1809. Seetzen mula menjejak kaki ke Mekah pada 10 Oktober 1810 setelah menempuhi beberapa halangan.

Beliau menggunakan nama Islamnya iaitu Haji Musa dan beliau sendiri mengaku beliau menganut ajaran Islam. Pada zaman tersebut, puak Wahabbi dan keluarga Saud hampir menguasai keseluruhan Masjidil Haram. Wahabbi melarang mana-mana jemaah melawat makam Rasulullah saw. Namun begitu, Seetzen atau Haji Musa menyelinap masuk dan sempat memberi gambaran keadaan makam Rasulullah saw.

Ketika di Mekah, Seetzen telah ditahan oleh penguasa Mekah kerana disyaki beliau adalah perisik tentera Turki. Namun, setelah disoal selidik mereka mendapati beliau adalah mualaf daripada Jerman. Penguasa Mekah melepaskan beliau tanpa sebarang keraguan. Seetzen menetap selama dua bulan di Mekah selepas tamat musim haji.

Seetzen mula meninggalkan Mekah pada Mac 1811 lalu menuju ke Sana’a sebelum ke Muscat. Di Sana’a, beliau menghidap demam panas yang agak teruk. Semasa dalam perjalanan ke Muscat, beliau menemui ajal. Rakan-rakan Islam beliau dilaporkan menemui rantai salib di leher beliau beserta ular-ular yang telah diawet dengan arak.

Ramai mensyaki beliau pengamal sihir dan hanya berpura-pura sebagai seorang Islam untuk merisik budaya hidup sebenar umat Islam. Seetzen meninggal dunia pada bulan September 1811.


































8. John Lewis Burckhardt (1784-1817)



John Lewis Burckhardt adalah orientalis yang tidak asing di dunia Barat. Beliau adalah individu Eropah pertama yang menemui runtuhan bangunan purba Petra di Jordan pada tahun 1812 dan memperkenalkan kepada umum selepas itu.




Beliau yang dilahirkan pada 24 November 1784 di Laussance, Switzeland telah melanjutkan pelajaran di beberapa tempat seperti University of Gottingen, University of Liepzig dan University of Cambridge, London.

Di London, Burckhardt telah mendalami bahasa Arab secara konsisten. Terdapat beberapa catatan menyatakan bahawa Burckhardt telah menjalani kehidupan ala Arab dan kasar sewaktu berada di London seperti berjalan tanpa memakai kasut sewaktu cuaca panas, tidur di jalanan dan memakan sayur-sayuran.

Pada Mac 1809, Burckhadt telah meninggalkan England untuk menuju ke Malta dan seterusnya ke Aleppo, Syria selepas musim luruh untuk memantapkan bahasa Arab dan hukum Islam. Beliau percaya bahawa beliau akan diterima sebagai ‘sahabat’ kepada rakan Arab beliau jika sekiranya beliau memeluk Islam. Beliau kemudiannya memeluk Islam dan menukarkan namanya kepada Sheikh Ibrahim bin Abdallah. Walaubagaimanapun, ramai pengkaji tidak percaya bahawa penerimaan beliau kepada ajaran Islam adalah ikhlas daripada hatinya. Ini kerana, kisah hidup beliau selepas itu menunjukkan beliau hanya layak digelar orientalis dan perisik musuh Islam.

Selepas berada beberapa lama di Syria, Nubia dan Mesir, beliau kemudian bertolak ke Mekah dan mendarat di perlabuhan Jeddah pada 1814. Beliau menyamar sebagai pengemis miskin. Ini bukan kali pertama beliau melakukan penyamaran. Ketika di Mesir, beliau telah menyamar sebagai saudagar Syria bagi menghidari perasaan musykil umat Islam di sana.

Pernah beberapa ketika beliau dipanggil menghadap Muhammad Ali Pasha kerana diyakini beliau adalah seorang perisik Inggeris. Pelbagai soalan diaju termasuk persoalan hukum agama oleh dua orang kadi yang ditugaskan oleh Muhammad Ali Pasha. Namun, kesemua soalan tersebut berjaya dijawab. Dua orang kadi tersebut membuat kesimpulan bahawa Burckhardt bukan sahaja seorang Islam tetapi seorang yang sangat terpelajar dalam hukum hakam dan perundangan Islam.

Beliau kemudian melaksanakan haji dan menetap di Mekah selama hampir tiga bulan sebelum menuju ke Madinah. Di Mekah dan Madinah, beliau menggunakan kesempatan ini untuk melakukan penyelidikan dan perincian di segenap penjuru dua kota suci itu. Orientalis-orientalis sesudah beliau terhutang budi dengan ketepatan fakta yang dinyatakan beliau. Dalam satu tulisannya, Burckhardt menyatakan bahawa kota Mekah adalah tempat mengujakan kepada beliau. Banyak yang beliau pelajari tentang umat Islam semasa tinggal di kota ini. Beliau ada menyatakan bahawa kota Mekah turut mempunyai wanita pelacur yang bekerja untuk memuaskan nafsu ‘beberapa’ orang lelaki.

Selepas penyelidikan dan penelitian yang cukup teliti di Mekah dan Madinah, Burckhardt kemudian menuju ke Kaherah, Mesir. Pada April 1817, beliau telah menuju ke Fezzan namun telah jatuh sakit akibat disentri. Pada 15 Oktober 1817, beliau menemui ajal pada usia baru menginjak 32 tahun

















9. Sir Richard Burton (1821-1890)







Sir Richard Burton adalah orientalis, penulis, penterjemah dan penjelajah yang paling popular berbanding yang lain. Richard Burton paling diingati kerana beliau yang bertanggungjawab menterjemahkan Kisah 1001 Malam ke dalam bahasa Inggeris dan mempopularkannya.






Burton yang dilahirkan pada 19 Mac 1821 berjaya menguasai lebih 29 bahasa termasuk bahasa daripada Asia, Afrika dan Eropah. Kemampuan dan kelebihan yang ada pada beliau ini dimanfaat sepenuhnya untuk aktivti risikan dan kajian beliau terhadap Islam dan masyarakat Islam.






Beliau berjaya mengerjakan haji ke Mekah pada tahun 1853 sebagai seorang doktor berbangsa Afghan daripada India. Sebelum itu, beliau menyamar sebagai seorang rakyat Parsi iaitu semasa beliau di Keherah. Namun begitu, setelah mengetahui bahaya beliau menyamar menjadi seorang Parsi, beliau bertindak menukar identiti beliau.






Beliau memiliki jurnal dan catatan harian yang terperinci sepanjang berada di Mekah dan Madinah. Catatan beliau yang dikenali A Personal Narrative of a Pilgrimage to Al-Medinah and Meccah diterbitkan pada tahun 1855. Maklumat yang disampaikan beliau menjadi bahan rujukan utama orientalis-orientalis kemudian hari.






Richard Burton meninggal dunia pada tahun 1890 di Trieste akibat serangan jantung.





















10. Snouck Hungronje (1857-1936)



Tiada yang paling hebat dan penuh dengan kajian saintifik melainkan seorang orientalis dan perisik bernama Snouck Hungronje. Snouck Hungronje dilahirkan pada 8 Februari 1857 di Belanda.




Hungronje adalah seorang yang terpelajar dan menjadi pensyarah di sebuah universiti di Belanda dalam bidang bahasa Oriental. Hungronje sangat fasih berbahasa Arab dan Melayu.

Pada tahun 1884, beliau mengerjakan haji ke Mekah dengan menyamar sebagai seorang muslim bernama Haji Abdul Ghaffar. Di Mekah, beliau gunakan kesempatan itu sepenuhnya untuk mengkaji dan mendalami perilaku masyarakat Islam dan hukum-hakam Islam. Ia berbeza dengan John Lewis Burckhardt yang lebih menumpukan perhatian kepada kajian topografi Mekah dan suasana kota suci tersebut.

Hasil kajian ilmiah Hungronje menghasilkan rumusan di mana tindakan kekerasan dan ketenteraan terhadap umat Islam adalah sia-sia. Adalah lebih baik melaksanakan tindakan lebih lembut untuk memusnahkan umat Islam secara halus.

Kajian daripada Snouck Hungronje berjaya diimplementasikan sekurang-kurangnya 10 tahun selepas daripada itu. Hungronje meninggal dunia pada tahun 1936 di Leiden, Belanda.

0 comment... add one now