Sebarkan Demi Maruah Dan Kehormatan Nabi Kita !!! Gambar Palsu Nabi Muhammad sedang Dijual Di Iran !!!


Sebarkan Demi Maruah Dan Kehormatan Nabi Kita !!! Gambar Palsu Nabi Muhammad sedang Dijual Di Iran !!!






Gambar Nabi Muhamad s.a.w. Ada Dijual Di Iran:




Koleksi Pin-Pin Bergambar Nabi Muhammad
Biadab sungguh puak-puak Syiah ni,tak cukup dengan lukisan-lukisan imam-imam 12 mereka seperti Saidina Ali karamallah wajhah,mereka melukis pula gambar Rasulullah s.a.w..Gambar yang didakwa kononnya gambar Nabi Muhamad s.a.w dan gambar-gambar imam 12 mereka ada dijual dengan meluas di Iran termasuk pelbagai macam cenderamata berlambang agama.

Hukum Melukis,Melakar Atau Mengukir Gambar Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,Ahli Keluarga Dan Pada Sahabat Baginda:
Ulama ahli sunnah sepakat melarang melukis,melakar atau mengukir gambar para Nabi dan Rasul.Sebab-sebab larangan tersebut adalah seperti berikut:

1. Menggambar wajah mereka adalah merupakan pembohongan di atas apa yang telah dilukiskan.Pembohongan terhadap mereka adalah perkara yang diharamkan. Nabi s.a.w bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa yang berbohong ke atasku dengan sengaja maka hendaklah dia menempati tempatnya di dalam neraka”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadits ini,maka para ulama ahli sunnah sepakat untuk mengharamkan melukis gambar Rasulullah s.a.w termasuk gambar para Nabi yang lain..Tidak ada seorang pun manusia yang hidup di zaman ini yang pernah melihat wajah Rasulullah S.A.W dan juga Nabi-Nabi yang lain..Dari mana lukisan Rasulullah itu didapati,kalau bukan dari hayalan dan imaginasi?

2. Dengan melukis gambar para Nabi dan Rasul juga adalah salah satu perkara yang menyakiti mereka.Ini kerana lukisan tersebut tidak dibuat secara tepat dengan yang asal. Menyakiti hati Rasulullah S.A.W adalah amat ditegah sama sekali.Firman Allah S.W.T:

Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasulnya,Allah melaknat mereka di dunia dan akhirat dan menyediakan mereka azab yang menghina mereka” (57: al-Ahzab)




Dakyah Songsang Syiah Yang Mengambarkan Wajah Rasulullah
Perbuatan puak-puak Syiah ini samalah seperti amalan masyarakat jahiliyah dahulu.Antara amalan jahiliyah ialah melukis dan membuat patung para Nabi dan orang solih di masa lalu.. Para Nabi yang telah wafat itu mereka buatkan lukisan atau patungnya dengan tujuan mengingati,menghormati dan mengagongkannya,namun di sebalik tujuan tersebut,syaitan telah berjaya menyelewengkan dan memasukkan bisikan jahatnya,sehingga akhirnya gambar dan patung para Nabi dan orang soleh yang mereka lukis dan ukir itu menjadi sembahan mereka.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka :

Tarikh Keputusan:19 Nov,2009

Keputusan:-

Perbuatan melukis,melakar,mengukir,mengilustrasi atau memvisualisasikan gambar para malaikat,Nabi-Nabi terdahulu,Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dan ahli keluarga serta para Sahabat Baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam yang utama atau melakonkan watak-watak mereka dalam apa juga bentuk adalah haram dan;

Orang Islam adalah dilarang mencetak,menjual,mengedar,membeli atau memiliki perkara-perkara yang tersebut dalam perenggan (a) dalam apa jua bentuk.

Ya Allah.. Peliharakanlah Kami Daripada Dakyah songsang Syiah!!

0 comment... add one now