TERKINI!!! Kelas Al-Quran Bermula Dari RM2,000 Sejam. Ibadah Atau Hanya Sekadar Untuk Menunjuk?

loading...

TERKINI!!! Kelas Al-Quran Bermula Dari RM2,000 Sejam. Ibadah Atau Hanya Sekadar Untuk Menunjuk?



Kami percaya, setiap orang mempunyai bucket list masing-masing. Bagi anak-anak muda, travel mengelilingi dunia adalah mungkin salah satu hajat yang ingin mereka kecapi sebelum menjangkau usia tua.
Tetapi pernahkah anda terfikir atau berhajat untuk mengikuti kelas Al Quran di dalam jet peribadi yang mewah? Jika ya, kini mimpi anda mampu menjadi nyata!
says.com

Image via My News Hub
Sejak Khamis lalu, pakej mengaji Al Quran yang meletakkan yuran kos sebanyak RM33,400 ini telah menjadi bualan orang ramai. Kelas ini akan dikendalikan oleh johan qariah tilawah Al Quran yang terkemuka iaitu Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman. Kelas ini dianjurkan oleh syarikat pengurusan jet peribadi iaitu Elite Jets Sdn Bhd yang terletak di Shah Alam.

Syarikat ini dimiliki oleh Hani Salman Ahmad dimana beliau menekankan bahawa penerbangan jet peribadi ini memberi lebih makna kepada penumpang. Dengan kerjasama Sharifah Khasif Production Sdn Bhd, mereka telah melancarkan inisiatif ini untuk memberi pengalaman baru kepada pelanggan mereka.

Pelbagai pakej yang ditawarkan menerusi kelas ini yang terdiri daripada harga ratusan ribu hingga mencecah jutaan ringgit, bukan sikit-sikit tau!
says.com


Menurut pengurus Elite Jets Sdn Bhd, matlamat utama mereka ialah mempromosikan pesawat peribadi. Mereka mahu pelanggan Elite Jets mendapat pengalaman bermakna dengan membaca Al-Quran sambil menaiki jet.

Image via Malay Mail
Kelas tilawah ini menyediakan pelbagai jenis pakej yang menarik kepada pelanggan mereka. Sekiranya anda ingin mengikuti kelas tilawah di dalam jet peribadi yang serba mewah tanpa meluncuri awan biru, yuran kos hanyalah RM2,000 sejam. Tetapi sekiranya anda ingin mengikuti kelas tilawah sambil terbang di udara anda perlu membayar sebanyak RM33,000 sejam.
says.com


Melihat kepada harga yuran tersebut pastinya anda agak terkejut dan mungkin soalan-soalan ini sedang bermain di minda anda sekarang:
Mengapakah yurannya begitu mahal?

Ini adalah kerana mereka memberi peluang untuk pelanggan memilih destinasi yang ingin dituju ketika mengikuti kelas tilawah tersebut. Destinasi yang disediakan untuk pelanggan terdiri daripada pakej dalam atau ke luar negara termasuk Timur Tengah, Arab Saudi, China dan Australia. Bukan sahaja menyediakan pakej pergi dan balik, tetapi pelanggan juga dapat menginap dan melawat destinasi yang dipilih itu mengikut permintaan masing-masing.
says.com

Image via Elite Jets
Apakah yang terdapat dalam pakej RM2,000 ini?

Bukan hanya sekadar kelas mengaji seperti biasa, tetapi kelas ini juga menghidangkan makanan selepas berakhirnya kelas. Sesi tazkirah juga akan diselitkan sekiranya kelas mengaji tamat lebih awal.

Menurut pengarah Elite Jets, Nik Eleena menjelaskan bahawa orang ramai boleh merasai pengalaman mengaji di dalam jet dengan bayaran RM2,000 saja tanpa diterbangkan ke mana-mana. Jelasnya lagi, kelas ini khususnya untuk golongan kenamaan dan kerabat diraja pada mulanya. Oleh sebab itu, caj yang dikenakan boleh hingga mencecah ratusan ribu ringgit.
says.com


Nampaknya, trend kelas mengaji sudah pun berubah. Kalau dulu, kelas mengaji dan khatam Al- Quran hanyalah di pondok dan bayaran yang dikenakan adalah mengikut seikhlas hati pelanggan.
Tapi sekarang ...
Loading...
loading...

0 Response to "TERKINI!!! Kelas Al-Quran Bermula Dari RM2,000 Sejam. Ibadah Atau Hanya Sekadar Untuk Menunjuk?"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close