TERKINI!!!Calon PM Belanda ikrar haramkan masjid, al-Quran TOKOH politik berhaluan kanan.


TERKINI!!!Calon PM Belanda ikrar haramkan masjid, al-Quran TOKOH politik berhaluan kanan.


Belanda, Geert Wilders. - Foto AP
AMSTERDAM: Tokoh politik berhaluan kanan Belanda, Geert Wilders, berjanji membebaskan Belanda daripada pengaruh Islam selepas mendahului dalam tinjauan pendapat di negara itu. Dalam temubual 40 minit dengan stesen penyiar WNL, Wilders, yang digelar 'Trump Belanda' turut membandingkan masjid dengan kuil Nazi dan al-Quran dengan Mein Kampf, autobiografi yang ditulis pemimpin Nazi, Adolf Hitler. Wilders jarang mengadakan temubual secara mendalam dengan media negara itu sebaliknya cenderung menyatakan pandangan kontroversi menerusi Twitter. Populariti Wilders meningkat dalam tinjauan pendapat selepas disabitkan dengan jenayah benci. Namun dalam masa lima minggu sebelum pilihan raya, Wilders semakin rancak berkempen. Satu video baru menunjukkan beliau berhasrat mencontohi perubahan dibawa kemenangan Presiden Donald Trump. Slogannya adalah 'Menjadikan Belanda milik kita semula', membebaskan negara itu daripada pengaruh Islam dan menutup sempadan kepada pendatang. Dalam temubual itu, beliau menjelaskan cara mencapai matlamat, walaupun sebahagiannya bertentangan dengan Perlembagaan Belanda berhubung kebebasan beragama. Ditanya bagaimana mengharamkan al-Quran akan berjaya, Wilders membandingkan ia dengan tindakan kerajaan mengharamkan Mein Kampf. Wilders juga mengulangi pendirian bahawa masjid perlu ditutup dan akan melakukannya dengan menarik balik lesen rumah ibadat itu, bukan menutup secara paksa. - AGENSI

sumber: berita harian

0 comment... add one now