Apa Itu Bertapa? Kenapa Pendekar Lagenda Melayu Bertapa?

loading...

Apa Itu Bertapa? Kenapa Pendekar Lagenda Melayu Bertapa?



Bertapa merupakan antara amalan-amalan para pendekar silam. Namun, ramai yang cenderung berpendapat yang amalan bertapa ini diragui 'kesuciannya'.

Persoalannya sekarang, adakah amalan bertapa ini benar-benar terpesong dari ajaran agama ataupun ianya 'bersih' dan diharuskan?

Bertapa ini sebenarnya adalah suatu proses penebus diri atau peringkat persediaan diri untuk menerima amalan-amalan kerohanian/kebatinan yang tinggi.



Melalui kaedah bertapa, seseorang pesilat itu akan diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Antaranya;

1. Kesunyian (tinggal seorang diri dalam tempoh masa tertentu)
2. Ketakutan (ancaman binatang buas)
3. Berlapar (berpuasa pati geni)
4. Gangguan (usikan oleh makhluk-makhluk halus)
5. Kebosanan (hanya berzikir dan solat)

Sepanjang bertapa, pesilat itu akan berlepas diri dari kehidupan harian mereka seperti bercakap-cakap, bermain dengan rakan-rakan atau keluarga, berfikir tentang urusan kerja dan masalah kehidupan, melakukan maksiat seperti melihat aurat atau mengumpat dan sebagainya.



Apa yang perlu dibuat hanyalah berwirid dengan bilangan yang ditetapkan (teramat banyak), solat (sunat dan fardu), puasa (puasa hajat), muhasabah diri dan melakukan perkara-perkara yang positif.

Kenapa perlu buat sedemikian rupa? Semestinya kita tidak mampu untuk melakukan amalan-amalan tersebut jika kita duduk dalam persekitaran sekarang... Dikelilingi oleh keluarga, rakan-rakan, hiburan, televisyen dan lain-lain...

Setelah berjaya mengharunginya, pasti seseorang pesilat itu telah mampu meningkatkan kekuatan jiwa, kesabaran, disiplin diri dan yang terpenting adalah bersedia utk menerima AMANAH ILMU.

Harus diingat, kebanyakkan amalan-amalan kebatinan (dalam silat) mempunyai getaran yang amat tinggi, sekiranya kurang persediaan, pastinya tubuh pesilat tidak mampu untuk menampungnya!

Bagaimanapun, tidak dinafikan ada juga amalan bertapa dari sesetengah perguruan silat bertujuan untuk mendapatkan dampingan dengan makhluk-makhluk halus.

Semoga amalan-amalan yang khurafat dan syirik seperti ini dapat kita elakkan dalam kehidupan seharian kita.



11 JENIS AMALAN BERTAPA
Manakala orang Jawa terkenal dengan pelbagai cara bertapa dan cara-cara itu telah disebutkan oleh J. Knebel (1897 : 119-120) dalam tulisannya mengenai kisah Darmakusuma, murid seorang wali di abad ke-16.

1. Bertapa ngalong - Bergantung terbalik, dengan kedua kaki diikat pada dahan pokok.

2. Bertapa nguwat - Bersemadi/menenangkan diri di makam (nenek moyang anggota keluarga atau orang keramat untuk suatu jangka waktu tertentu).

3. Bertapa bisu - Menahan diri untuk tidak bercakap. Cara bertapa ini biasanya didahului oleh suatu janji.

4. Bertapa bolot - Tidak membersihkan diri selama jangka waktu tertentu.

5. Bertapa ngidang - Berjalan sendirian menuju ke dalam hutan.

6. Bertapa ngramban - Menyendiri di dalam hutan dan hanya makan tumbuh-tumbuhan.

7. Bertapa ngambang - Berendam di tengah sungai selama beberapa waktu yang sudah ditentukan.

8. Bertapa ngeli - Bersemadi dengan membiarkan diri dihanyutkan arus air di atas sebuah rakit.

9. Bertapa tilem - Tidur untuk suatu jangka waktu tertentu tanpa makan apa-apa.

10. Bertapa mutih - Hanya makan nasi saja, tanpa lauk.

11. Bertapa mangan - Tidak tidur, tetapi boleh makan.

Walaupun demikian, 11 jenis bertapa ini jarang dilakukan secara terpisah. Biasanya dijalankan dengan tatacara tersendiri atau dilakukan dengan cara menggabungkannya.

Wallahua'lam...

Kredit:
chulahitam.blogspot
bhenco.wordpress
Loading...
loading...

0 Response to "Apa Itu Bertapa? Kenapa Pendekar Lagenda Melayu Bertapa?"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close