Seniman legenda, Jins Shamsuddin meninggal dunia

loading...

Seniman legenda, Jins Shamsuddin meninggal dunia




Keadaan kesihatan Tan Sri Jins kurang memberangsangkan selepas disahkan menghidap penyakit Alzheimer sejak 2011. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seniman legenda, Tan Sri Jins Shamsuddin meninggal dunia di Klinik Idham di Taman Melawati, Selangor sekitar 5.45 petang tadi.

Allahyarham berusia 82 tahun.

Menurut kenyataan Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah, industri telah kehilangan seorang lagi permata seni tanah air.

"Dukacita dimaklumkan bahawa industri hiburan Negara kehilangan seorang lagi permata seni tanah air iaitu Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin sebentar tadi di Klinik Idham Taman Melawati.

“Seniman juga menganggap kehilangan ini adalah kehilangan yang sangat besar oleh seluruh industri seni Negara,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu Hafiz ketika dihubungi Hari Ini 8 memaklumkan jenazah Allahyarham akan dikebumi esok.


Allahyarham tinggal bersama isterinya, Puan Sri Halijah Abdullah di Hulu Klang dekat sini dan keadaan kesihatannya kurang memberangsangkan selepas disahkan menghidap penyakit Alzheimer sejak 2011.

Allahyarham mempunyai tiga orang anak Jefri Jins, Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim.

Anak Allahyarham, Putera Hang Jebat berkata jenazah bapanya akan disembahyangkan di Masjid Hulu Kelang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Kelang pagi esok.







Jenazah Allahyarham ditempatkan di kediaman beliau di Kampung Pasir, Hulu Klang. - Foto Astro AWANI / Hilal Azmi

Allahyarham dilahirkan di Taiping, Perak pada 5 November 1935.
Allahyarham telah berlakon lebih 40 filem antaranya Sarjan Hassan, Gerak Kilat, Si Tanggang, Bukan Salah Ibu Mengandung dan Sumpah Wanita.
Manakala antara filem arahan Allahyarham adalah Menanti Hari Esok, Bukit Kepong, Ali Setan, Esok Masih Ada dan Balada.

Allahyarham juga pernah dilantik sebagai senator selama dua penggal bermula 13 Okt 2004 hingga 11 Feb 2011 bagi mewakili anak seni.

sumber: Astro awani
Loading...
loading...

0 Response to "Seniman legenda, Jins Shamsuddin meninggal dunia"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close