TERKINI!!! (FOTO)Sultan Johor pandu kereta api ke Kuala Lumpur!

loading...

TERKINI!!! (FOTO)Sultan Johor pandu kereta api ke Kuala Lumpur!




SULTAN Ibrahim berkenan memandu kereta api KTMB dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur. 


SULTAN Ibrahim berkenan memandu kereta api KTMB dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur. 


Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan memandu kereta api milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur, hari ini.

Baginda yang bertolak dari Johor Bahru Sentral (JB Sentral) di sini pada 9.27 pagi akan singgah di Stesen Keretapi Kluang dan Segamat terlebih dahulu sebelum ke Kuala Lumpur.

Terdahulu, baginda tiba di JB Sentral pada 9 pagi sebelum dilihat menaiki gerabak pemandu kereta api dengan enam gerabak itu pada 9.24 pagi.

Kereta api khas bernombor 1002 itu dilihat membawa penumpang terdiri daripada keluarga Diraja dan kakitangan KTMB berlepas dari Platform 4, JB Sentral.


Turut hadir di JB Sentral mengiringi baginda sebelum bertolak ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), A Rahim Nin dan Pegawai Daerah Johor Bahru, Muhamad Fuad Radzuan.

sumber: berita harian
Loading...
loading...

0 Response to "TERKINI!!! (FOTO)Sultan Johor pandu kereta api ke Kuala Lumpur!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close