7 Fakta Mengenai SOMALIA Yang Anda MEMANG TAK TAHU!!!

loading...

7 Fakta Mengenai SOMALIA Yang Anda MEMANG TAK TAHU!!! 



Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita kematian 110 orang rakyat Somalia dalam tempoh hanya 2 hari akibat krisis kebuluran yang menimpa mereka.

Ini membuatkan saya merasa terpanggil untuk menulis sedikit fakta hasil pembacaan saya di Internet bagi memudahkan rakyat Malaysia memahami krisis kebuluran ini. Berikut adalah fakta-fakta tersebut:
Somalia merupakan sebuah negara di benua Afrika yang mempunyai kepadatan sebanyak 12.3 juta penduduk.



Somalia merupakan antara negara yang paling miskin di dunia. 82% rakyat Somalia berada pada tahap kemiskinan yang teruk dan terjejas dari sudut kesihatan, pendidikan dan taraf kehidupan.
Somalia juga telah dilanda konflik perang saudara dan juga kemarau berpanjangan semenjak 1990-an lagi. Krisis kebuluran pada tahun 1992 menyaksikan seramai 250,000 rakyat Somalia terkorban.

Tahun 2011 pula menyaksikan hampir 260,000 terkorban akibat krisis kebuluran dan kemarau yang dahsyat.

Separuh daripada angka mereka yang terkorban ini terdiri daripada kanak-kanak, berdasarkan fakta yang dikeluarkan oleh UN.
Krisis kebuluran ini telah menyebabkan majoriti rakyat Somalia berhadapan dengan masalah kekurangan zat makanan yang kronik.





Menurut laporan tahunan yang dikeluarkan oleh UNICEF, seramai 305,000 kanak-kanak menghadapi masalah ini pada tahun 2015.

Berdasarkan fakta yang dikeluarkan oleh World Food Programme pula, 1 daripada 8 kanak-kanak berumur bawah 5 tahun mengalami masalah kekurangan zat makanan yang teruk.
Krisis ini juga menyebabkan 1.1 juta rakyat Somalia kehilangan tempat tinggal dan terpaksa berpindah demi meneruskan kehidupan. Bahkan hampir sejuta rakyat Somalia menjadi pelarian di negara-negara jiran.

Harga makanan yang tinggi akibat kekurangan bekalan makanan turut menambah beban mereka.
Rakyat Somalia juga terpaksa berhadapan dengan kumpulan pengganas Al-Shabab yang dikatakan mempunyai pertalian kuat dengan kumpulan Al-Qaeda.



Malah mereka juga terpaksa bertarung dengan pelbagai penyakit yang biasa merebak ketika krisis kebuluran seperti taun, cirit-birit dan demam campak. Kanak-kanak adalah mangsa utama kepada penyakit-penyakit ini.

Menurut UNICEF, 1 daripada 7 kanak-kanak meninggal dunia pada tahun 2015 sebelum sempat berumur 5 tahun.
Krisis kebuluran ini merupakan krisis kemanusiaan terbesar sejak PBB ditubuhkan pada tahun 1945 apabila jutaan rakyat negara lain seperti Yaman, Sudan Selatan dan juga Nigeria turut menghadapi krisis yang sama.
Tanggal 28 Februari lalu, kerajaan Somalia telah mengisytiharkan darurat dan memohon bantuan antarabangsa. Krisis ini jika tidak ditangani dengan segera, tragedi pada tahun 1992 dan 2011 yang mengakibatkan hampir 600,000 nyawa terkorban akan berulang semula.

Apakah yang anda boleh lakukan untuk membantu mereka?

Melihat perkembangan terkini yang melanda Somalia, saya mengajak anda dan rakan-rakan untuk menyumbang kepada rakyat Somalia melalui kempen “Somalia Relief” di bawah anjuran Humanitarian Care Malaysia (MyCARE).

Ini merupakan kerjasama bersama dua rakan NGO – KLGhaith dan African Relief Committee (ARC).

Kempen ini mensasarkan kutipan sebanyak RM 500,000 untuk disalurkan segera ke Somalia. Bantuan akan difokuskan kepada keperluan utama seperti makanan, bekalan air bersih dan ubat-ubatan.



Satu “Misi Kemanusiaan ke Somalia” juga akan dihantar untuk meninjau sendiri keadaan di sana.

Justeru, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menyumbang ke tabung “Somalia Relief 2017” agar dapat sama-sama kita meringankan beban mereka dalam menghadapi musim kemarau ini dengan harapan tragedi kematian ratusan ribu rakyat Somalia 6 tahun lalu tidak berulang lagi.

Nah, tunggu apa lagi? Marilah sama-sama kita berkongsi sedikit rezeki yang Allah berikan kepada kita untuk mereka yang lebih memerlukan.

Sumbangan boleh disalurkan atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’ (MyCARE) melalui salah satu akaun berikut:

MAYBANK – 5515 7500 4299

CIMB ISLAMIC – 8602 135 592

BANK ISLAM – 1209 2010 034904

Usaid Subki,

Research Assistant,

Pioneer Research Center
Loading...
loading...

0 Response to "7 Fakta Mengenai SOMALIA Yang Anda MEMANG TAK TAHU!!! "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close