Agong Hadir Bersama ‘Bodyguard’ Lengkap Bersenjata Ke Perasmian Pembukaan DUN

loading...

Agong Hadir Bersama ‘Bodyguard’ Lengkap Bersenjata Ke Perasmian Pembukaan DUN




Sultan Muhammad Ke V Kelantan, Tuanku Faris Petra berkenan berangkat merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Ke 4 Persidangan Dewan Negeri Kelantan Ke 13, 2016 di Kota Darulnaim, semalam. — Foto Bernama

KOTA BARU, 8 Mac — Gambar-gambar sultan Kelantan berangkat ke pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam sambil diiringi pengawal peribadi yang bersenjata api tersebar di media sosial.

Dalam gambar-gambar tersebut yang beredar semalam, pengawal peribadi Sultan Muhammad V memakai sut hitam, bertali leher dan bersongkok.

Mereka kelihatan jelas membawa senjata api “carbine” dan “submachine gun” sambil mengiringi baginda.

Difahamkan bahawa sultan-sultan pada lazimnya memiliki pengawal peribadi, namun senjata mereka biasanya agak tersorok dan kurang menonjol.

Portal The Star Online melaporkan desas-desus ahli-ahli politik negeri itu bahawa inilah kali pertama baginda merasmikan pembukaan DUN sambil dikawal ketat pengawal bersenjata seumpama ini.

Di laman rasmi Facebook Sultan Muhammad V dan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, para penyokong baginda rata-rata berasa kagum dengan senjata api yang dibawa.

Portal berbahasa Inggeris itu juga melaporkan baginda sentiasa dikawal pengawal peribadi bersenjata ketika mencemar duli menghadiri majlis sosial seperti makan malam, atau berada di luar Kelantan, sejak ditabalkan pada tahun 2010.

Semasa baginda masih Tengku Mahkota dan Pemangku Raja, baginda pernah bertitah meminta kawalan ketat dari polis semasa krisis kerabat diraja Kelantan pada 2010.

Pihak polis kemudiannya mengerahkan kawalan ketat ke atas ayahanda baginda Sultan Ismail Petra pada Mei 2010, selepas seorang pengawal keselamatan istana ditembak suspek tidak dikenali.
Loading...
loading...

0 Response to "Agong Hadir Bersama ‘Bodyguard’ Lengkap Bersenjata Ke Perasmian Pembukaan DUN"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close