(PART 2 - 7)PEMBOHONGAN IBLIS, DAJJAL DAN KONCO2 ZIONIS TENTANG BULAN

loading...



(PART 2 - 7)PEMBOHONGAN IBLIS, DAJJAL DAN KONCO2 ZIONIS TENTANG BULAN



PART 2

Untuk memulakan Part 2 ini, sila rujuk photo yang disertakan. Diharapkan photo ini sedikit sebanyak boleh memberikan maklumat2 segera (macam mi segera la) tentang beberapa perkara… (i) Bulan dan perbandingannya dengan Bumi; (ii) Jumlah Bulan bagi tiap-tiap planet yang ada dalam sistem suria; (iii) Saiz dan Kedudukan Bulan yang menepati Teori Phytogoras dan Nisbah Emas seperti yang telah ditetapkan Allah.

Sedikit maklumat tambahan… Jarak Bulan dpd Bumi ialah lebih kurang 400,000 km. Bulan pulak nampak seolah2 tidak berpusing di mana kita hanya dapat melihat muka Bulan yang sama jer dpd Bumi. Sebenarnya bulan berpusing jugak sekali sewaktu beredar mengelilingi Bumi.

Tujuan maklumat2 ini dikongsikan ialah supaya sekurang-kurangnya kita boleh membayangkan tempat yang kita tak pernah pergi langsung ni… iaitu Bulan. Kalau gambaran tentang Bulan ni dah jelas di dalam fikiran kita… elok la tu… tapi simpan dulu la yer gambaran ini.

Sekarang mari kita cuba fahami dulu tujuan NASA ditubuhkan.

NASA bermaksud “National Aeronautics and Space Administration” . Kalau ikut cerita rasmi yang diberitahu kepada kita, NASA ditubuhkan bagi memperkasakan sistem pertahanan Amerika Syarikat yang pada waktu itu sedang menghadapi tekanan Perang Dingin (Cold War) daripada Rusia. Perang Dingin ialah satu permainan di mana Amerika Syarikat dan Rusia berlumba2 menunjukkan kekuatan dan kebaikan ideologi masing2 dalam usaha untuk mempengaruhi negara-negara lain di dunia ini supaya memilih di antara mereka. Salah satu kategori pertandingan di dalam permainan ini ialah Perlumbaan Menguasai Angkasa (Space Race).

Apa yang mereka tak bagi tahu kat kita ialah Amerika Syarikat dan Rusia pura2 sahaja berperang dingin dan wayang yang dimainkan oleh mereka sebenarnya bertujuan menutup agenda sebenar mereka. Ala… sama la macam wayang yang dimainkan oleh BN dan PKR tu… depan kita bergaduh konon… tapi di belakang kita mereka sahabat karib. Yang penting, orang kebanyakan macam kita ni boleh diperas dan diperhambakan sambil diorang hidup senang lenang.

Ok..ok… balik semula cerita pasal NASA. Sebenarnya tujuan NASA ditubuhkan ialah untuk menutup kisah sebenar kejadian alam ini termasuklah tentang ilmu-ilmu pengetahuan yang menyentuh perihal kejadian Bulan dan Angkasa Lepas. Ini kerana sekiranya maklumat2 sebenar terdedah… tiadalah lagi modal mereka untuk menidakkan kewujudan Allah dan Empayar jahat mereka akan runtuh dengan sendirinya. Walaupun geng2 jahat ini telah diizinkan Allah menguasai ekonomi dan kewangan dunia, tugas untuk menutup kebenaran bukanlah suatu tugas yang mudah.

Sudah tentu Syaitan dan Dajjal tahu tentang betapa susahnya nak menutup kebenaran. Jadi mereka telah mengenalpasti tipu muslihat yang mesti dijalankan.

Berikut ialah 5 muslihat tersebut yang mereka kena jayakan terlebih dahulu sebelum boleh menubuhkan NASA:

(i) Mereka perlu menghapuskan semua rekod2, kitab2 dan manusia2 yang mengetahui tentang hal sebenar Bulan dan angkasa lepas;

(ii) Mereka perlu menulis semula semua sejarah tentang ketamadunan dan keilmuan manusia;

(iii) Manusia perlu dilalaikan dengan kesibukan bekerja serta menangani kesusahan urusan hidup supaya tiada masa langsung untuk terfikir tentang tipu muslihat mereka. Mengikut keperluan, hal2 seperti kegawatan ekonomi, hutang melampau, keganasan dan perang mesti diadakan sebagai upacara rutin sepanjang tahun;

(iv) Budaya moden yang berpaksikan Hiburan2 dan Aktiviti2 Rekreasi keterlaluan perlu disebatikan di dalam sanubari semua orang supaya manusia sibuk melayan keseronokan ini (nak lepaskan tension la kononnya) dan memandang lekeh sebarang nasihat atau peringatan; dan

(v) Semua pucuk pimpinan kerajaan-kerajaan seluruh dunia seperti Raja, Presiden dan Perdana Menteri perlulah duduk di dalam poket mereka.
[Hal-hal (i) hingga (v) ni telah pun dikongsikan panjang lebar di dalam posting2 album NWO sebelum ini… tetapi disebutkan di sini juga supaya kita boleh lihat konteks yang menyeluruh]

Akhirnya pada 6 Ogos 1958, laporan dan kajian akhir mereka telah menunjukkan bahawa hal-hal (i) hingga (v) telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Apa yang mereka perlu lakukan kini ialah “maintain” sahaja pencapaian mereka ini. Dengan kata lain, tarikh 6 Ogos 1958 telah menjadi tarikh keramat bagi Syaitan, Dajjal dan konco2 nya di mana ketamadunan manusia telah berjaya dihancurkan dan dikawal sepenuhnya di bawah telunjuk mereka. Maka tidak lama selepas itu, pada 1hb Oktober 1958, NASA pun ditubuhkan.

Misi awal NASA ialah menjadi penyelidik rasmi manusia tentang hal2 angkasa lepas. Dengan kata lain, biar diorang jer la yang pergi tengok apa ada kat angkasa lepas tu… kita tak payah la susah-susah. Nanti lepas diorang tengok… diorang balik la cerita kat kita. Pastu kita kira percaya jer la apa yang NASA cerita. Seperti yang kita tahu, telah lebih setengah abad kita ni dok percaya jer kat NASA sehinggalah beberapa tahun kebelakangan ini tembelang mereka pecah berderai. Macam mana boleh pecah plak? Siapa yang pecahkan?

Misi mutlak (Ultimate mission) bagi NASA ialah menjerumuskan manusia ke dalam lembah “Atheism” dan menolak sebarang konsep ketuhanan terutamanya Agama Islam. Seterusnya mentaliti manusia akan bersedia untuk menerima Dajjal sebagai Penyelamat Dunia.



PART 3

Dalam Part 1 dan Part 2… kita dah kenal sedikit sebanyak siapa NASA dan tau beberapa perkara tentang keadaan fizikal Bulan. Sekarang mari kita teliti cerita sebenar NASA membabitkan Projek Bulan (Moon Project). Photo yang saya sediakan ini rasanya cukup untuk memberikan maklumat2 yang NASA telah umumkan dan diperlukan bagi penerangan di dalam Part 3 ini.Kita ambil contoh Misi Apollo 11 di mana pada misi inilah dikatakan Neil Armstrong dan Edwin E. Aldrin telah menjadi manusia pertama dan manusia kedua menjejakkan kaki di Bulan. Berikut ialah apa yang sebenarnya telah berlaku:

1. Sebelum pelancaran Apollo 11, beberapa sesi penggambaran telah dijalankan di dalam studio khas. Tujuan penggambaran dibuat ialah bagi menyediakan footage (video dan audio feed) yang akan digunakan bagi menutup aktiviti sebenar misi Apollo 11. Misi-misi yang sebelum atau selepas misi ini pun menggunakan Modus Operandi (MO) yang sama.

2. Geng2 jahat ini telah lama tahu apa yang ada sebenarnya di Bulan semenjak beribu-ribu tahun lagi. Setelah berjaya melenyapkan ilmu2 dan maklumat2 ini daripada pengetahuan dunia, mereka bimbang sekiranya ia jatuh semula ke tangan orang2 yang bukan daripada golongan mereka. Mereka juga bimbang kalau2 ada negara-negara lain yang mungkin bergabung untuk pergi ke Bulan terlebih dahulu di dalam era baru ini menyebabkan mereka tidak boleh mengada-adakan cerita palsu seperti yang mereka sedang buat sekarang.

3. Pengwujudan NASA dan kawalan ekonomi dunia memastikan setiap misi ke Bulan atau angkasa lepas hanya boleh dilakukan secara eksklusif (Diorang jer yang boleh buat. Kalau ada orang lain nak buat, kena ikut syarat2 mereka… tu pun jarang2 la… paling kuat pun boleh gi space station sahaja. Pergi Bulan? Sori…).

4. Semua angkasawan yang menyertai misi pergi ke Bulan (tidak kiralah sama ada misi tersebut melibatkan pendaratan atau tidak) telah melalui program khas supaya boleh menyimpan rahsia sambil menjalankan tujuan2 sebenar misi.

5. Semasa misi dijalankan, mereka yang bertugas di “Ground Control Centre” di Bumi langsung tidak tahu menahu yang mereka sedang ditipu dengan footage dan data palsu yang kononnya dihantar oleh angkasawan ke Bumi. Footage palsu ini sebenarnya dipancarkan daripada studio khas di Bumi kepada angkasawan dan dipancarkan semula ke “Ground Control Centre”.

6. Semua misi ke Bulan langsung tidak melibatkan sebarang pendaratan. Kenapa? Habis tu, yang dok hantar orang ke Bulan jugak tu nak buat apa? Nanti akan dijelaskan apabila kita masuk Part 4 nanti di mana penerangan akan cuba dibuat tentang apa yang ada di Bulan.

7. Sehingga kini, secara rasminya dunia melalui semua pemimpin-pemimpin negara2 (termasuk Malaysia lah) menerima membuta-tuli (blind acceptance) bahawa usaha2 NASA adalah usaha2 terpuji dalam memajukan tamadun manusia. Walaupun terdapat banyak persoalan2 yang mula ditimbulkan kebelakangan ini oleh beberapa kumpulan saintis alternatif, ianya dapat disenyapkan dengan mudah dan NASA boleh menafikannnya sambil tertawa memperlekehkan kumpulan2 saintis ini.

Ramai di antara mereka yang mula mempersoalkan tentang misi Apollo11 akan berkata… “Macam ni jer la… apa kata kita carik Neil Armstrong… pastu kita tanya la dia… betul ke misi Apollo 11 tu berjaya? Dan kita tanya dia tentang pengalaman dia semasa menjalankan misi tu… suasana di Bulan macam mana… apa yang ada kat sana?”

Ya, bunyi nya memang macam mudah. Tapi Neil Armstrong selepas misi itu… beliau memang sentiasa melarikan diri daripada kemasyhuran dan mengelak daripada berbual tentang misinya itu. Kenapa? Adakah dia tak sampai hati nak meneruskan lakonan pembohongan NASA? Ini ialah salah satu link yang mungkin boleh menggambarkan kehidupan Neil Armstrong selepas misi Apollo 11… kelakuannya memang menimbulkan keraguan…

http://www.enquirer.com/editions/1999/07/18/loc_neil_armstrong_the.html

Edwin Aldrin dan Michael Collins juga mempunyai reaksi yang lebih kurang sama dengan Neil Armstrong. Ish… musykil… dah buat perkara yang hebat… lepas tu reaksi yang ditunjukkan oleh mereka ni seolah2 macam reaksi orang bersalah atau acuh tak acuh pulak.

Soalan lain yang boleh ditimbulkan juga… kenapa nama Apollo dipilih untuk siri misi-misi ke Bulan ini? Takder nama lain ke?










PART 4

Pada posting yang agak lama dahulu di dalam album NWO ini, ada diusulkan bahawa sebelum manusia (Al-Insaan) duduk di Bumi dan dilantik Allah menjadi khalifah terdapat beberapa kumpulan makhluk-makhluk lain yang terdahulu menjadi penghuni Bumi seperti berikut:

i. Kumpulan Al-Jin – semenjak tahun 16.4 Billion B.C.

ii. Kumpulan Pertama Al-Bashar (Makhluk seakan-akan menyerupai manusia) – semenjak tahun 820 Juta B.C.

iii. Kumpulan Kedua Al-Bashar – semenjak tahun 41 Juta B.C.

iv. Kumpulan Ketiga Al-Bashar – semenjak tahun 2.2 Juta B.C.

[Nota: Al-Bashar (makhluk seakan-akan menyerupai manusia) dan Al-Insaan (manusia) dikategorikan dalam kumpulan yang sama iaitu An-Naas. Sebab itu kalau kita lihat di dalam Al-Quran terdapat 3 perkataan ini yang diterjemahkan sebagai manusia… sebenarnya mereka adalah kumpulan yang berbeza. Daripada segi fizikal serta kebolehan juga berbeza]

Nabi Adam (Bapa Al-Insaan) dan isterinya Hawa hanya turun ke Bumi sekitar tahun 102,000 B.C. Kebanyakan pendapat mengatakan Nabi Adam dan Hawa memulakan penghidupan di Bumi pada sekitar tahun 8,030 B.C. Di dalam posting yang lepas juga telah saya nyatakan yang saya tidak bersetuju tentang hal ini di atas sebab-sebab tertentu.

[Nota 1: Ada yang bertanya, di dalam Al Quran ada menyebut Nabi Adam sebagai Abu Al Bashar (Adakah Nabi Adam juga bapa kepada Al-Bashar?). Yang ini aku tak nak cerita dan jawab kat sini. Ia adalah sebahagian isi yang aku dah tapis. Berkongsi tentang hal ini akan menimbulkan banyak kontroversi pulak nanti.]

Mengapa saya perlu saya “recap” semula cerita ini? Ini ialah kerana hendak menerangkan apa sebenarnya yang ada di Bulan dan mengapa NASA acap kali melancarkan misi-misi Apollo mereka ke Bulan. NASA dan geng2 jahat ini juga sanggup membelanjakan banyak wang dan sumber mereka untuk mengada-adakan cerita sampingan serta pelbagai muslihat bagi menutup aktiviti2 sebenar mereka di Bulan (seperti yand dijelaskan di dalam Part 2 dan Part 3).

Kalau melihat sahaja foto yang saya sertakan untuk posting kali ini, saya pasti ramai akan segera memberikan pelbagai reaksi spontan. Bagi yang skeptik sudah tentu akan terbit ayat2 seperti… “Aduh… mengarut la… semua ni auta jer!!!” atau “Ape ke jadah la posting ni!!!”… atau… “Hahahah… dah gila agaknya penulis posting ni!!!” dan pelbagai lagi statement yang bersifat “rejection” atau penolakan.

Jika anda seorang yang skeptik… saya telah pohon berkali-kali di dalam Part 1 dahulu supaya anda jangan membaca langsung (Part 1 hingga Part 13) kerana bagi anda sudah tentu siri cerita begini dianggap dongeng dan bersifat imaginasi semata-mata.

Baiklah… balik semula kepada tujuan asal posting Part 4 ini. Kumpulan Pertama Al-Bashar mula bertapak di Bumi semenjak tahun 820 Juta B.C. sehinggalah pengusaan mereka di Bumi tamat pada Kumpulan Ketiga Al-Bashar sejurus sebelum Nabi Adam dan Hawa turun ke Bumi pada sekitar 102,000 B.C. Penghidupan mereka berbeza daripada penghidupan kita sebagai manusia (Al-Insaan). Ini disebabkan kebolehan fizikal dan mental mereka berbeza daripada kita Al-Insaan.

Dipendekkan cerita…. pada zaman Al-Bashar, mereka rata-ratanya mempelopori dua jenis teknologi seperti berikut:

i. Teknologi Sains dan Ilmu Dunia Fizikal – Berlandaskan ilmu epistemologi, kajian kimia, ilmu metematik, kaji bahan, ilmu fizik, ilmu logika, ilmu bahasa dan lain-lain yang sealiran dengannya; dan

ii. Teknologi Metafizik dan Inter-Dimensi – Berlandaskan ilmu biologi tinggi, kajian dimensi dan spiritual.

Satu kebaikan di zaman Al-Bashar ialah mereka tiada langsung godaan syaitan kerena peranan syaitan untuk menyesatkan belum enter-frame lagi. Malah, Azazil (yang kemudiannya menjadi Lucifer a.k.a. Bapa Iblis) pada masa ini masih lagi menjadi satu makhluk yang amat kuat beribadat dan mempunyai status yang tinggi di kalangan Malaikat walaupun dia adalah daripada jenis Jin.

Perbezaan amalan teknologi yang berbeza ini telah membentuk dua negara yang besar dan hebat diberi nama Atalan dan Lamarakh.

[Nota 2: Cerita tentang dua negara hebat ini telah diubahsuai dan dijadikan modal untuk mengada-adakan cerita Atlantis dan Lemuria]

Atalan mengamalkan Teknologi Sains dan Ilmu Dunia Fizikal manakala Lamarakh mengamalkan Teknologi Metafizik dan Inter-Dimensi. Pada mulanya kedua-dua negara ini tiada membenci di antara satu sama sehinggalah timbul satu isu yang besar sehingga mereka terjerumus ke dalam kancah peperangan yang hebat. Berlakulah pertumpahan darah yang dahsyat dan semua ini telah disaksikan oleh Malaikat dan Jin yang tidak terbabit di dalam peperangan tersebut.

Apakah isunya sehingga terjadi peristiwa berdarah ini? Tidak lain dan tidak bukan mereka berperang untuk menuntut hak mereka terhadap pengusaan Bulan. Apa la… pasal Bulan pun nak berperang… bagi dua jer Bulan tu tak boleh ke? Ya… jawapannya tak boleh kerana Bulan mempunyai satu kehebatan yang tiada taranya di mana kedua-dua negara mahu mengusai Bulan secara mutlak…. tiada kompromi bagi mereka di dalam hal ini. Selepas peperangan ini, kebanyakan Al-Bashar telah terhapus. Akan tetapi ada saki baki mereka yang selamat di mana keturunan mereka masih ada hingga kini… hidup bersama keturunan kita Al-Insaan. Apa yang tinggal di Bulan pula setelah semuanya hancur akibat peperangan besar ini? Yang tinggal hanyalah 18 buah piramid dan 81 kubah.




PART 5


Sedikit peringatan sebelum membaca Part 5 ini. Kisah yang diceritakan di sini akan menjadi semakin pelik dan mungkin berbau fantasi. Jika anda tidak sanggup mendengarnya… eloklah ditamatkan pembacaan anda di sini.

Menyambung daripada kisah Part 4, sebelum peperangan tercetus di zaman Kumpulan Ketiga Al-Bashar…. mereka iaitu Kumpulan Pertama dan Kedua al-Bashar hidup dalam keadaan harmonidan tiada kekacauan besar. Mereka ditadbir oleh keturunan raja yang amat bijaksana. Keturunan ini bernama Appoloc. Keistimewaan keturunan Appoloc ini ialah mereka berkebolehan di dalam kedua-dua teknologi yang disebutkan sebelum ini.

Hanya apabila raja terakhir daripada keturunan ini mati, kekacauan mula timbul menyebabkan mereka membentuk dua negara yang besar iaitu Atalan dan Lamarakh. Mujur, konflik ini serta merta reda apabila mereka menyedari masih ada lagi keturunan Apolloc yang hidup. Dia bernama Helions.

[Nota 1: Pada waktu ini, mereka juga telah lama tahu tentang keistimewaan Bulan dan istana raja keturunan Appoloc memang telah lama bertapak di Bulan]

[Nota 2: Mungkin ada yang tertanya-tanya bilakah mulanya Kumpulan Al-Bashar ini menyedari keistimewaan Bulan dan mendirikan istana raja Appoloc di situ. Untuk menceritakan kisah ini… amat panjang. Mungkin cerita ini boleh dikongsi secara berasingan di dalam siri posting yang lain]

Ok… sambung balik. Sebaik sahaja Helions ditabal menjadi raja, timbul pula isu baru di mana kedua-dua negara mahu memastikan kepentingan mereka di Bulan. Isu ini timbul kerana Helions berdarah campuran Appoloc dan Lamarakh. Maka sudah tentu negara Atalan bimbang mereka akan dipinggirkan kelak daripada menikmati keistimewaan Bulan sekiranya Helions dilantik menjadi raja.

Untuk menyelesaikan isu ini, negara Atalan dan Lamarakh telah bersetuju untuk mengikat satu perjanjian. Di antara perkara2 lain, di dalam perjanjian ini mereka bersetuju untuk memilih wakil-wakil daripada kedua-dua negara untuk membentuk satu kerajaan bersama yang akan mentadbir dan menjaga kepentingan masing-masing Bulan. Nama kerajaan ini masih dikekalkan dengan nama Kerajaan Appoloc mengambil sempena nama keturunan yang memang telah menjadi raja dan pemerintah semenjak zaman Kumpulan Pertama dan Kedua Al-Bashar lagi.

Secara ringkas, berikut ialah nama2 mereka yang telah terpilih untuk membentuk kerajaan Appoloc baru ini:

Ketua Kerajaan Appoloc: Helions (berdarah campuran Appoloc dan Lamarakh. Dia dilantik menjadi raja kerana dialah satu2 nya lelaki yang berketurunan Appoloc yang masih hidup)

Wakil Kerajaan Appoloc daripada negara Atalan: Lelaki – Ratoth, Siriso dan Min; Perempuan – Bendias Artems, Xauhqi Coyol dan Dianess Zuss.

Wakil Kerajaan Appoloc daripada negara Lamarakh: : Lelaki – Horath, Saith dan Duau ; Perempuan – Mawuo Mao, Duanas Ranas dan Ayumas Isya.

Sekiranya anda perasan, nama2 yang mirip dengan nama2 wakil kedua-dua negara ini telah digunakan sebagai nama2 tuhan atau dewa di dalam banyak kepercayaan Pagan dan agama dahulu kala di dalam tamadun2 manusia seperti tamadun Maya, Aztech, Rom, Greek dan lain-lain lagi. Kenapa agaknya yer?

Buat sementara, segalanya berjalan lancar sehinggalah sampai pada suatu masa Helions telah mati dan tidak meninggalkan waris keturunan Appoloc. Pada waktu ini bermulalah perang besar yang menumpahkan banyak darah di Bumi dan di Bulan.

Untuk menggambarkan sedikit sebanyak tentang dahsyatnya perang ini… Bulan yang dahulunya sebuah planet yang menyerupai Bumi hancur lebur sehingga atmosferanya menjadi amat tipis. Juga, Bulan yang dahulunya seperti Bumi berputar mengikut kadarnya telah berhenti berputar di mana seperti yang kita lihat hari ini… Bulan sentiasa menghadapkan muka yang sama sahaja kepada Bumi.

Sebagai balasan ke atas perbuatan Al-Bashar yang menumpahkan darah dan perbuatan yang mendatangkan kerosakan ini… satu malapetaka telah diturunkan di Bumi. Pernah dengar tentang Peralihan Kutub Bumi atau “Earth Polar Shift” ? Inilah yang berlaku. Walaupun demikian masih terdapat saki baki Al-Bashar yang Allah telah izinkan terselamat daripada bencana ini. Keturunan mereka masih hidup bersama dengan keturunan kita Al-Insaan sehingga ke hari ini.

Manakala di Bulan pula, masih lagi ada keturunan Al-Bashar yang terselamat juga. Merekalah yang menduduki di bahagian yang digelar “The Dark Side of the Moon” iaitu bahagian Bulan yang tidak menghadap ke Bumi. Warga Atalan yang yang terselamat menduduki 18 buah struktur berbentuk piramid dan warga Lamarakh yang terselamat menduduki 81 buah struktur berbentuk kubah.

Mereka kini tidak lagi berperang di antara satu sama lain menyedari perbuatan mereka yang melampau dahulu dan telah pun mendapat balasan Allah.

Jadi apa kaitannya dengan NASA dok suka nak buat “trip” ke Bulan pula? Nanti akan dijelaskan di dalam Part 6




PART 6

Sebelum ini telah di terangkan pada zaman Al-Bashar, jenis teknologi seperti berikut telah dipelopori:

i. Atalan: Teknologi Sains dan Ilmu Dunia Fizikal – Berlandaskan ilmu epistemologi, kajian kimia, ilmu metematik, kaji bahan, ilmu fizik, ilmu logika, ilmu bahasa dan lain-lain yang sealiran dengannya; dan

ii. Lamarakh: Teknologi Metafizik dan Inter-Dimensi – Berlandaskan ilmu biologi tinggi, kajian dimensi dan spiritual.

Tentu dapat melihat perkaitannya di mana sifat ilmu yang diguna-pakai oleh NASA dan lain2 konco Syaitan dan Dajjal adalah setakat Teknologi Sains dan Ilmu Dunia Fizikal sahaja. Dengan kata lainnya, kehandalan geng2 jahat ini membuat barang2 seperti komputer, smart devices, pelbagai kenderaan hinggalah penggunaan tenaga nuklear…. tidak lain dan tidak bukan ialah aplikasi Teknologi Sains dan Ilmu Dunia Fizikal.

Maka di sini timbul 2 jenis persoalan2 utama:

a. Apa lagi Teknologi Sains dan Ilmu Dunia Fizikal yang masih kita belum lihat lagi? Kenapa ianya masih disorokkan dan disimpan oleh Atalan Bulan? Seperti yang kita kini tahu… saki baki Atalan Bumi dan NASA gigih berulang-alik ke Bulan untuk memujuk Atalan Bulan menyerahkan bahagian akhir teknologi mereka.

b. Kenapa pula kita jarang sekali mendengar (atau tak pernah dengar langsung) dan melihat Al-Insaan seperti kita menggunakan teknologi yang dipelopori oleh saki baki Lamarakh Bumi? Adakah Lamarakh Bumi memang tak nak berkongsi langsung dengan kita tentang Teknologi Metafizik dan Inter-Dimensi ini? Bagaimanakah rupanya teknologi Lamarakh ini? Dan apa akan terjadi sekiranya kita Al-Insaan mampu menguasai teknologi Lamarakh?

Di dalam Part 6 ini kita rungkai persoalan (b) terlebih dahulu dan persoalan (a) akan diceritakan dalam Part 7 nanti.

Tentang Persoalan (b)….

Di dalam posting2 yang lepas ada saya kongsikan bahawa kajian DNA Al-Insaan telah lama menemui jalan buntu. Saintis2 terhandal masakini hanya dapat memahami 5% sahaja tentang kod2 DNA ini. Selebihnya iaitu 95% lagi langsung tidak difahami oleh kita lalu saintis2 menggelarkannya “Junk DNA” atau “DNA Sampah”. Mengapa terjadi begini? Benarkah 95% bahagian DNA yang kita tak faham ini adalah sampah? Ya, di sini lah terletaknya kunci kehebatan teknologi Lamarakh iaitu Teknologi Metafizik dan Inter-Dimensi yang berlandaskan ilmu biologi tinggi, kajian dimensi dan spiritual.

Sebelum boleh diterangkan lebih lanjut tentang hal DNA ini dan perkaitanya, adalah baik kita fahami dahulu tentang apakah perbezaan besar di antara Al-Bashar dan Al-Insaan. Perbezaan yang paling besar ialah Al-Bashar tidak mempunyai “Junk DNA” di mana Al-Insaan pula mempunyai “Junk DNA”. Andakah anda faham situasi perbezaan ini? (Kalau tak faham… cupa baca sekali lagi perenggan sebelum ini :P)

Apakah sebenarnya yang terkandung di dalam “Junk DNA” ini? Sebenarnya… “Junk DNA” mengandungi semua ilmu dan kebolehan bapa Al-Insaan iaitu Nabi Adam a.s. termasuklah ilmu segala nama. Akan tetapi, sayangnya secara semulajadi bila kita dilahirkan, “Junk DNA” yang 95% ini memang sedia ada TIDAK aktif. Yang aktif hanyalah 5% sahaja. Bolehkah kita mengaktifkannya?

Bagi Al-Bashar pula, seperti yang dijelaskan tadi mereka memang tidak mempunyai “Junk DNA” ini. Akan tetapi, kehebatan teknologi Lamarakh ialah mereka mampu mengekstrak DNA mana2 haiwan atau tumbuhan bagi digabungkaan dengan DNA mereka. Dengan kata lain, kalau mereka nak menjadi kuat seperti gajah… mereka mampu mengambil bahagian DNA tertentu gajah bagi dicampurkan dengan DNA mereka. Maka mereka akan kuat seperti gajah. Kalau mereka mahu mempunyai sayap… mereka mampu mengekstrak DNA burung dan mencampurkannya dengan DNA mereka. Maka mereka akan mempunyai sayap dan mampu terbang seperti burung. Begitulah seterusnya, mereka mampu mengekstrak DNA apa sahaja benda di sekeliling mereka bagi memperolehi kebolehan2 luar biasa. Oleh kerana teknologi ini, mereka juga boleh merubah-ubah rupa bentuk fizikal mereka… ala macam Shape-shifter tu la.

Sekarang… cuba bayangkan kalau Al-Insaan dapat mempelajari dan menggunakan teknologi Lamarakh ini? Kita akan mampu mempunyai kebolehan2 luar biasa. Malah… dengan teknologi Lamarakh ini, kita boleh mengaktifkan “Junk DNA” kita yang 95% itu dengan mudah… Inilah sebabnya, saki baki Lamarakh Bumi memang keberatan untuk berkongsi teknologi mereka dengan kita Al-Insaan. Kita secara semulajadi telah dianugerahkan oleh Allah suatu pemberian tidak ternilai iaitu “Junk DNA”. Adakah kita bersyukur?

Pernah tengok cerita X-Men? Cerita ini sebenarnya diilhamkan daripada kisah pertembungan dan perperangan di antara Atalan dan Lamarakh suatu ketika dahulu. Pernah tengok cerita Spawn? Ia adalah gambaran kehebatan seorang Panglima Lamarakh. Pernah dengar tentang kebolehan Werewolf dan Vampire? Ish… ye ker semua ni? Terpulanglah kepada anda untuk memikirkannya.

[Nota: Secara fizikal, tanda mudah untuk kita membezakan Al-Bashar dengan Al-Insaan ialah Al-Bashar tiada lekukan di bahagian antara bawah hidung dan bibir atas mereka. Kita Al-Insaan mempunyai lekukan ini. Kalau di kawasan Malaysia, Indonesia dan nusantara ini… pernahkah anda mendengar tentang satu kaum iaitu Kaum Kerinchi?]




PART 7

Menyambung tentang Persoalan (a) daripada Part 6….

NASA tidak pernah mendaratkan sesiapa pun di Bulan. Seperti yang diceritakan sebelum ini, setiap kali mereka menghantar orang ke Bulan, studio khas ala hollywood mereka akan memancarkan “video dan audio feed” kepada angkasawan yang kemudiannya menghantar semula data palsu ini ke Bumi. Data palsu ini dihantar sebagai gula2 kepada “Ground Control Centre” mereka yang langsung tidak tahu menahu tentang penipuan yang dijalankan. Ini kemudiannya dijadikan santapan rakyat2 biasa di Bumi dalam bentuk journal2 dan buku2 teks mengarut NASA.

Tujuan sebenar penghantaran misi-misi Apollo hanyalah untuk mengelilingi Bulan sahaja. Nak turunkan orang memang merbahaya kerana radiasi yang berat dan mereka juga takut diserang oleh Lamarakh Bulan. Habis tu, apa yang mereka buat sewaktu mengelilingi Bulan?

Mereka memancarkan mesej-mesej Atalan Bumi bagi memujuk Atalan Bulan yang bermastautin di 18 buah bangunan berbentuk piramid tu bagi menyerahkan resipi teknologi ilmu dunia fizikal terhebat mereka. Ini kerana Atalan Bumi telah lama kehilangan resipi teknologi ini kerana pembelotan sekelompok Atalan sewaktu peperangan dengan Lamarakh dahulu (cerita pembelotan ni pun kalau nak citer… panjang jugak). Ringkasnya, kelompok ini belot kerana mereka merasakan Atalan lah yang bersalah mencetuskan peperangan dengan Lamarakh. Atalan lah yang telah bertindak terlebih dahulu melancarkan serangan ke atas Lamarakh (Ni macam perangai Israel la ni).

Sekarang kita cerita sikit tentang teknologi yang telah hilang dari Atalan Bumi. Ia melibatkan kebolehan memanipulasi atom serta molekul dan secara kasarnya terbahagi kepada 2 bidang utama:

i. Teleportasi – mengalihkan sesuatu jasad fizikal (tak kira la besar mana pun) daripada satu lokasi ke satu lokasi yang lain. Contohnya.. macam yang berlaku dalam zaman Nabi Sulaiman a.s. bila istana Ratu Balkis dipindahkan. Cuma masa tu Asif Bin Baqriya guna ilmu lain… bukan ilmu Atalan ni. Atau macam citer Star Trek… boleh beam orang dpd satu tempat ke satu tempat. Atau lebih advance lagi… mcam citer Stargate… boleh lompat daripada satu portal ke satu portal lain.

ii. Manipulasi bahan – menukar sifat sesuatu bahan… contohnya seperti cerita King Midas la ni… boleh tukar apa2 benda kepada emas atau macam citer komik Pedang Sitiawan boleh menukar kayu jadik pedang, dsb. Senang jugak kan… bila lapar jer tukar pasir jadik nasik beriani.

Alhamdulillah… sehingga kini Atalan Bulan masih belum menyerahkan semula teknologi kepada Atalan Bumi dan NASA.

Ini lah di antara sebab mengapa setiap kali ada piramid ditemui di mana2 bahagian di Bumi, geng2 jahat akan segera menguasainya. Ini termasuk piramid yang berada di dalam hutan simpan Taman Negara Pahang (kita rakyat Malaysia pun tak diberitahu hal ni). Sedikit info tentang piramid Malaysia ini ada saya kongsikan di dalam posting2 yang lepas dalam album NWO ni.

Ini kerana piramid2 ni pernah menjadik kampung halaman Atalan suatu masa dulu dan di situ terdapat portal2 yang sehingga hari ini masih aktif. Maknanya kalau Atalan Bulan nak balik Bumi… tak payah susah2 nak naik kapal angkasa… teleport sahaja… maka sampai la mereka ke Bumi. Dengan teknologi teleport dan manipulasi bahan ini juga… bolehlah kita bayangkan mengapa membina piramid bukanlah menjadi perkara yang sukar untuk mereka.

[Nota 1: Semua teknologi yang diceritakan dalam Part 6 dan Part 7 ini hanya melibatkan teknologi Al-Bashar sahaja. Belum cerita lagi pasal teknologi Kumpulan Al-Jin dan Al-Insaan. Bayangkan kalau teknologi2 ini bergabung. Mungkin kita akan rasa sangat hebat… tapi tak lah hebat pun sebenarnya kalau berbanding ilmu Allah. Itu sebab di dalam Al-Quran ada banyak kali kita semua ditempelak… kalau Al-Jin dan An-Naas (Al-Bashar + Al-Insaan) bergabung pun tak boleh nak buat seperti apa yang Allah buat]

[Nota 2: Ada orang bertanya, kalau benar masih ada macam2 mak nenek makhluk duduk kat Bulan tu… maka ketika Rasulullah SAW membelah Bulan, apa yang jadik kat diorang ni? Yang ini aku tak nak cerita dan jawab kat sini jugak. Ia adalah sebahagian isi yang aku dah tapis. Berkongsi tentang hal ini akan menimbulkan banyak kontroversi pulak nanti.

Bersambung . . .


Loading...
loading...

0 Response to "(PART 2 - 7)PEMBOHONGAN IBLIS, DAJJAL DAN KONCO2 ZIONIS TENTANG BULAN"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close