SAYU: Makin KURUS, Rambut GUGUR... Kalau Tak Mampu Bantu Ustaz Hanafi Guna Wang Ringgit Viralkanlah Keperitan Beliau Melawan Kanser, Nescaya Akan Ada Yang Bantu...

loading...


SAYU: Makin KURUS, Rambut GUGUR... Kalau Tak Mampu Bantu Ustaz Hanafi Guna Wang Ringgit Viralkanlah Keperitan Beliau Melawan Kanser, Nescaya Akan Ada Yang Bantu...







"Saya anggap ini hadiah daripada Allah SWT dan saya tenang menghadapinya. Kalau kimoterapi nanti buat saya lemah hingga ceramah dibatalkan, saya rasa rugi sebab cita-cita saya nak mati ketika menyampaikan ceramah agama."
Demikian kata penceramah bebas, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek, 43, selepas disahkan menghidap kanser Limfoma pada 31 Januari lalu.


Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Hanafi berkata, kesakitan mula dirasai ketika menunaikan umrah pada Disember lalu.

"Saya pergi ke klinik kerana gastrik sebelum dirujuk ke hospital untuk membuat ultrasound dan imbasan CT."
Pembedahan membuang sel kanser sebesar 10 sentimeter panjang kali 7 sentimeter lebar dengan berat 1 kilogram kemudian dilakukan di hospital swasta 1 Februari lalu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, doktor menjangkakan kemungkinan sel kanser itu sudah berada dalam badannya sejak 10 tahun lalu tetapi tidak disedarinya.Ustaz Hanafi bagaimanapun enggan 'duduk diam' dan meneruskan aktivitinya seperti biasa.

"Aktiviti seperti ceramah saya teruskan macam biasa sebab saya tak ada rasa sakit cuma penat sedikit mungkin belum sembuh sepenuhnya. Program di TV9 (Tanyalah Ustaz) juga masih berjalan. Kadangkala saya membantu penerbit mencari golongan ingin kembali ke pangkal jalan," 

katanya yang juga Penasihat Rumah Anak Yatim Fakir Miskin Al Habbah di Batu Caves, Selangor.


Beliau juga sedang giat mengumpul dana RM300,000 untuk membina surau di rumah kebajikan yang memfokuskan pembelajaran tahfiz itu.Di samping itu, beliau juga sebenarnya memerlukan bantuan kewangan untuk menampung kos rawatan kimoterapi antara RM300,000 hingga RM500,000 bagi sembilan sesi.


Komen Ustaz Hanafi terhadap insan-insan yang giat mengumpul dana untuk membantunya:
"Saya dengan perasaan malu dan terharu, kalau ada yang ingin membantu... sebab saya anggap 'hadiah' daripada Allah ini mungkin ada hikmah."Siapa membantu... saya doakan murah rezeki dan di tambah rezeki. Sahabat juga dalam kesusahan, jadi saya doa murah rezeki dan mendapat syurga paling hampir dengan Allah SWT," 
Ustaz Hanafi yang aktif menunggang motosikal berkuasa tinggi juga berhasrat untuk menjual motosikal kesayangannya model Kawasaki GTR1400."Saya nak jual motosikal itu lepas pakai empat tahun. Tujuannya untuk tanggung kos rawatan saya. Jadi selepas ini saya pakai motosikal kecil saja.

"Kepada semua, doakan saya sembuh daripada penyakit ini dan harapnya kimoterapi nanti tidak menyebabkan saya lemah,”

katanya yang mempunyai sembilan anak dan menetap di Taman Sri Gombak, di sini.Beliau akan memenuhi undangan ceramah pada minggu depan di Kulim, Kedah; Ipoh, Perak dan Air Hitam, Johor.


Lihatlah perubahan yang jelas boleh dilihat pada ustaz kita dari hari ke hari...

Sewaktu sihat sebelum disahkan menghidap kanser limfoma:





Semakin Kurus setelah disahkan menghidap kanser limfoma dan menjalani pembedahan:



Kini rambut semakin gugur:



Sesiapa yang ikhlas ingin membantu boleh salurkan sumbangan ke akaun:

CIMB: 7001645436 
(Mohamed Hanafiah bin Abdul Malek)

Maybank: 162405085541 
(Mohamed Hanafiah bin Abdul Malek)

BANK ISLAM: 14162020096634 
(Mohamed Hanafiah bin Abdul Malek)


SEBARKAN SEBANYAK MUNGKIN...
Jom sama2 pakat bantu Ustaz kita dalam KESULITAN..!!!
Loading...
loading...

1 Response to "SAYU: Makin KURUS, Rambut GUGUR... Kalau Tak Mampu Bantu Ustaz Hanafi Guna Wang Ringgit Viralkanlah Keperitan Beliau Melawan Kanser, Nescaya Akan Ada Yang Bantu..."

  1. Ass.. Perkenalkan nama saya Endang Kusuma asal dari surabaya seorang mantan TKI duluh kerja di malaysia. Izinkan saya berbagi cerita tentang kisah sukses saya... Saya ingin mengucapkan banyak terima kasih kepada Mbah Wirang atas bantuan Mbah kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan pesugihan uang gaib beliau saya sekarang udah punya usaha sendiri... Duluh sih saya cuma buka2 internet dan secara tidak sengajah saya menemukan situs mbah wirang terus saya baca semua isi situs tersebut akhirnya saya langsung menghubungi beliau dan disitulah saya minta bantuan melalui pesugihan uang gaib dan beliaupun mau membantu saya... singkat cerita alhamdulillah selama 3 hari saya sudah melaksanakan persyaratan yang beliau sampaikan ternyata uang yg saya minta benar2 ada di rekening saya..saya tidak menyangka kalau saya bisa sesukses ini karna duluhnya saya bukan siapa2 bahkan saya juga sering dihina oleh orang2 sekitar... Alhamdulillah sekarang hidup saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya. Sekedar info bagi anda punya masalah ekonomi/hutang piutang dan ingin membuka usaha butuh modal besar ingin seperti saya silahkan minta bantuan kepada mbah wirang anda bisa telpon di (+6282346667564) atau untuk lebih jelasnya kunjungi situs mbah wirang dengan cara (#>>KLIK DISINI<<#) beliau juga bisa membantu melalui Nomer Togel, Pesugihan Pelet, Sewah Tuyul, Pelaris Usaha, Warisan dan lain2. semoga dengan adaNya pesan singkat saya ini bisa bermanfaat kepada semuaNya...



    Wassalam.








    ReplyDelete

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close