Dilema Raya Suami Isteri: "Hang Bila Nak Ada Anak?" Ini Jawapan Tepat Anda Raya Ini!!!

loading...


.
Pasangan berkahwin yang TAKDE ANAK mesti malas nak jumpa saudara mara masa raya ni, kan?
.
Panjang sikit ni. Tapi percayalah, ada ‘sesuatu’ dalam entri kali ni.
.
Secara jujurnya, dulu saya dan isteri pun malas nak jumpa saudara mara yang jenis balik-balik nak pegang perut bagai ni. Rimas jugak. “Bila nak dapat anak?”, “Bila nak bertiga pulak?” dll soalan muncul. (Jentik hidung kang!)
.
Tapi tu dulu la... Jujur saya katakan, sekarang kami dah tak hadapi masalah macam tu lagi. Jadi, saya nak share beberapa perkara berkaitan isu ini atas permintaan seorang rakan Facebook saya.
.
FUNDAMENTAL.
Nombor 1, kena tanam dalam otak bahawa TAKDE ANAK BUKAN SATU JENAYAH! Kena tanam dalam otak bahawa TAKDE ANAK BUKAN SATU KESALAHAN ATAU KELEMAHAN! Tanam tu baik-baik dulu. Kalau kita sendiri pun rasa kita ni ‘cacat’ sebab takde anak, no wonder la saudara mara kita pun anggap kita ‘cacat’.
.
Sebab tu dalam program motivasi FORCE yang saya buat, saya akan bagi penekanan sikit dalam slot FUNDAMENTAL. Ianya melibatkan mindset kita, rupa minda kita.
.
Tanam baik-baik dalam otak, bahawa ada anak atau takde anak ni bukan sebab suami anda super-subur atau isteri anda super-subur. Tu semua asbab je... Anak ni manusia, ada nyawa, ada roh, dan hanya satu kuasa yang boleh mewujudkan manusia ini iaitu Allah. Kalau Allah nak bagi, Dia bagi. Kalau Dia taknak bagi, boleh ke kita complain? Boleh ke kita mempersoalkan? Allah bagi kita hidup pun dah kira bernasib baik, lagi nak minta lebih?
.
Saya mohon semua ibu bapa yang senasib dengan saya yang takde anak, tanam fundamental ni baik-baik dalam otak dulu. Biar otak kita positif dan kita beremosi berdasarkan kefahaman yang jelas serta betul.
.
Tiap kali rasa down, ingatlah yang Nabi Muhammad dan Aisyah pun tak dikurniakan anak. Nabi Zakaria pula, dah lanjut usia baru dapat anak. Tu Nabi tu, doa makbul, tapi masih Allah tak bagi anak sebab Anak adalah hak Allah, keputusan Allah, kuasa Allah. Bukannya bahan eksperimen sperma campur ovum semata-mata.
.
PENAMPILAN.
Kadang-kadang saudara mara ni mereka kesiankan kita, lama kahwin takde anak. Jadi mereka pun nak tunjuk perihatin tu, mereka pun tanya kita pasal anak. Kita pulak sentap bila mereka tanya, hehe.
.
Mereka kesian sebab mereka sayang, kesian kita tak dapat anak... Antara sebabnya sebab penampilan kita memang ketara sangat takde anak dan ketara sangat sedih sebab takde anak.
.
Pagi raya je, bila saudara mara berkumpul, kita dok dapur... apesal? Sebab taknak bagi orang tanya pasal anak. Bila orang cerita pasal anak masing-masing, kita diam, menunduk, taknak cakap... apesal? Sebab malu kita takde anak. Hei, semua orang boleh nampak la riak muka kita tu. Maaf sebut la, terutamanya orang perempuan, reaksi muka tu memang ketara. Tu tak kira yang nangis masa orang cerita pasal anak, pening husband nak pujuk pagi raya...
.
The point is, jaga pembawaan diri kita, penampilan kita. Apabila kita dah ada fundamental macam yang saya sebut kat atas tadi, kita takkan rasa down sebab takde anak. Kita rasa biasa. Kita rasa kita pun macam dia, Cuma kita takde anak je. Tu je. Bukannya kita buat salah apa pun...
.
Bila kita faham dan rasa biasa, so, pembawaan diri kita juga mestilah biasa. Sentiasa confident. Bersuka ria di pagi raya, haaaa... Jangan la nyorok kat dapur, jangan la buat-buat tak dengar orang cerita pasal anak. Join mereka, jadilah ‘hidup’ di pagi raya tu. Orang buat lawak, kita gelak, haha.
.
Tunjukkan kepada mereka yang...

“TAKDE APA YANG KAU NAK KESIANKAN AKU. AKU OK”. Gitu...
.
RESPON.
Bila saudara mara bercakap pasal anak, kita respon dengan baik. Respon dengan sifat tawakkal dan mesra yang tinggi. Tak payahlah nak sentap-sentap... Jawab biasa je.
.
Saya pernah ajar isteri saya dulu, saya suruh dia ‘lead’ dalam berborak. Biar kita bersifat dominan dan mengetuai perbualan tersebut. Bila dia tanya pasal anak kita, kita tanya pulak pasal anak dia. Macam-macam kita boleh tanya dia...
.
“Anak belajar mana?”
“Gi sekolah naik apa?”
“Nape tak dok asrama?”
“Anak nombor berapa dalam kelas?”
“Tak hantar tusyen ke?”
“Bila nak dapat menantu?”
“Bila bakal menantu nak pakai tudung?” (Ops)
.
Faham ke tak ni? Hehe.
.
Supaya kita rasa biasa, dan rasa dominan. Disamping ia membuatkan orang sekeliling untuk peka agar tidak tanya soalan sensitif, ia juga untuk membuktikan yang “kita ok” dan sila jangan kesian sangat. Rilek sudah... (Di masa yang sama mereka akan sedar yang mulut kita pun boleh tahan pedas, jadi, sila jangan sampai kita tanya soalan pedas hehe)
.
PENUTUP.
Semua ini hanya boleh jadi sangat natural bila kita faham perkara pertama tadi, iaitu FUNDAMENTAL. Kalau kita sendiri pun ada mindset yang mengatakan kita ni cacat, memang tak boleh buat apa la... perkara negatif tu akan tertarik kepada kita, hukum tarikan. Dalam semua program motivasi FORCE pun saya ulang benda yang sama... FUNDAMENTAL, FUNDAMENTAL, FUNDAMENTAL.
.
Saya pernah terbaca di Facebook ada orang post 1 bahan lawak jenaka (saya rasa)... Dia buat dialog macam ni.
.
Mak sedara: Bila kau nak dapat anak ni, kawan sebaya kau semua dah ada anak”
.
Anak sedara: Bila makcik nak mati, kawan sebaya makcik semua dah mati”
.
Hahaha. Memang lawak jawapan tu, win! Cuma bagi saya, ia cukup sekadar gurauan dan lawak jenaka la kan. Untuk buat kita ketawa dah la... Jangan pula cakap kasar macam tu kat sedara mara yang bertanya.
.
Jangan abaikan nilai agama. Kita hidup kerana Allah. Ada anak atau takde anak pun ketentuan Allah. Kita solat, puasa dll adalah kerana suruhan Allah. Kita berakhlak baik juga adalah suruhan Allah.
.
Ingat, perbaiki akhlak kita. Apa pun kita rasa, apa pun kita nak buat, mesti kembali kepada Allah. Jangan ikutkan sangat geram di hati itu hingga kita lepaskan geram tersebut dan mencipta dosa. Sebab sepatutnya KITALAH GUDANG PAHALA kerana setiap saat Allah kurniakan pahala atas kesabaran kita menunggu rezeki anak. Sabar tu bukan free tu, semua tu pahala tu...
.
Saya kurang setuju dengan kata-kata "Allah akan bagi anak bila kita dah bersedia untuk dapat anak". Itu cuma ayat memujuk saja. Sebab saya tengok, ramai je yang tak bersedia pun dapat anak. Siap buang bayi dalam jamban lagi... Saya tak rasa mereka bersedia. Saya percaya yang anak ni rezeki mutlak dari Allah. Takde syarat. Bukannya sebab dah bersedia ke, dah kahwin ke, dah IVF ke, menjadi syarat untuk dapat anak... Bukan... Ia adalah 100% rezeki mutlak Allah dan takde sape boleh campur tangan. Maryam yang tidak bersedia untuk dapat anak pun, Allah letakkan seorang Rasul yang mulia dalam rahimnya. Ia bukan soal dah bersedia ke tak bersedia.
.
Semua orang ada ‘MEDAN TEMPUR’ masing-masing. Bagi mereka yang pernah membaca entri saya sebelum ini tentang anak, pasti faham istilah ‘medan tempur’ ini. Maka hadapilah medan tempur ini, bukannya lari darinya. Allah sediakan medan tempur ini untuk kita, spesifik untuk kita, untuk melihat bagaimana kita respon dengan ujian-ujian ini.
.
Adakah kita lulus, atau gagal?.
Dan semestinya, jika FUNDAMENTAL kita betul, ia akan menghasilkan pemikiran, emosi dan tindakan yang betul. InshaAllah, ujian takde anak, atau apa sahaja ujian, kita boleh laluinya dengan cemerlang.
.
Kita tak boleh ubah orang lain...
Tapi kita boleh ubah diri kita sendiri.
.
Saya doakan kita semua kaya dan berjaya di dunia dan akhirat. Dan saya doakan juga kita dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.
.
Amiin.
.
Salam Aidilfitri.
Syafiq Fadeli.
.
#SyafiqFadeli
Loading...
loading...

0 Response to "Dilema Raya Suami Isteri: "Hang Bila Nak Ada Anak?" Ini Jawapan Tepat Anda Raya Ini!!! "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close