20 Sebatan Jika Jual Juadah Berbuka Di Bazar Ramadhan Sebelum Jam 4

loading...


20 Sebatan Jual Juadah Berbuka Sebelum Jam 4


BANDA ACEH – Para peniaga yang menjual juadah berbuka puasa di sini diingatkan supaya tidak berbuat demikian sebelum jam 4 petang sepanjang bulan Ramadan ini.

Jika melanggar peraturan itu, mereka boleh dikenakan hukuman sebat 20 kali, demikian kenyataan Komunikasi Pimpinan Daerah (Forkopimda) Aceh Utara.

Hukuman tersebut adalah berdasarkan kanun Aqidah, Ibadah dan Syiar yang dikuatkuasakan di wilayah itu.

“Kita berharap para peniaga dan masyarakat mematuhi syarat yang sudah ditetapkan untuk berniaga sepanjang Ramadan,” kata ketua Willayatul Hisbah Aceh Utara, Tgk Mursalin seperti dipetik Tribunnnews.


Menurutnya, peniaga juga dilarang membuka warung atau gerai sepanjang waktu Maghrib sehingga selesai solat Tarawih. Larangan berkenaan turut meliputi kedai telekomunikasi dan pusat cafe siber.

Kepada penduduk yang bukan beragama Islam, Tgk Mursalin menambah, mereka perlu menghormati muslim di situ menjalani semua ibadah sepanjang Ramadan.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Loading...
loading...

0 Response to "20 Sebatan Jika Jual Juadah Berbuka Di Bazar Ramadhan Sebelum Jam 4 "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close